IKEA mengumumkan yang mana mereka bakal buka pusat pengambilan barang untuk kemudahan pembeli di luar Lembah Klang. Berdasarkan perkongsian IKEA, jenama ini memilih bandar Ipoh sebagai lokasi pertama bagi pusat pengambilan barangan.
Menurut IKEA, dengan adanya pusat pengambilan IKEA di Ipoh, ia dilihat bukan sahaja memudahkan urusan pembelian oleh individu yang berada di luar bandar, tetapi juga memberikan penjimatan yang lebih banyak dari sudut kos penghantaran.

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai lokasi pusat berkenaan dan dijangka diumumkan dalam masa yang terdekat.
Sebelum ini, untuk penduduk di timur Malaysia iaitu di Sabah dan juga Sarawak, IKEA telahpun hadir dengan lokasi pengambilan barangan yang tersendiri di beberapa tempat seperti:
- Kuching Click & Collect – Hexagon High Transport, 922, Jalan Demak Laut 3, Kuching, Sarawak
- Miri Click & Collect – Sino Eastern, Lot 1754, Jalan Bypass Eastwood Valley, East Wood Industrial Estate, Miri, Sarawak
- Kota Kinabalu Click & Collect – Fei Yang Logistics, Lot 71, 51/2 miles, Jalan Kilang, Sedoc Industrial Estate, Kollombong, Inanam, 88450, Sabah