Lina Rosli Diterbitkan 12 January 2023

UNIQLO X Christy Ng Memperkenalkan Beg Kanvas Edisi Terhad

Diinspirasikan oleh konsep minimalis dan juga kelestarian, UNIQLO bersama-sama dengan Christy Ng telah hadir dengan beg tote baharu yang ringkas dan moden.

Kerjasama ini memperlihatkan hasil beg yang menampilkan pemaparan artistik ikonik UNIQLO yang diilustrasikan oleh tukang reka dari Christy Ng. Untuk beg ini juga, ia menggunakan warna merah, hitam dan putih yang membawa maksud dinamik selain turut mencerminkan estetika utama jenama dan menambahkan sentuhan kecanggihan pada reka bentuk.

Berdasarkan perkongsian dari laman rasmi Christy Ng, beg tote UNIQLO X Christy Ng ini boleh didapatkan secara percuma dengan pembelian minima RM300 dalam satu resit. Namun, ianya tertakluk bagi pelanggan yang mengunjungi rangkaian UNIQLO di 1 Utama sahaja.

Untuk yang ingin memesan beg tote dengan cetakan nama tersendiri, UNIQLO dan Christy Ng dijangka akan membuka pesanan tempahan dalam masa yang terdekat.