Carian
Mengapa Saya Rasa Phillips Air Performer 7000 Series 2-Dalam-1 Serba Serbi Lengkap?
January 12, 2023 Lina Rosli

Khusus buat anda yang sering berada di dalam rumah, tahukah anda bahawa berdasarkan Laporan Alam Sekitar Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA), pengudaraan di dalam rumah adalah 2 hingga 5 kali lebih tercemar jika dibandingkan dengan udara luar.

Mengepa begitu? Hal ini kerana, kebanyakan rumah tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik sekaligus menyebabkan aliran udara dalaman tidak beredar sekerap udara luar sehingga boleh meningkatkan risiko virus berkumpul di ruang udara di rumah.

Untuk menyelesaikan isu ini, rata-rata individu akan mendapatkan alat bantuan pembersihan udara yang berfungsi dalam memberikan persekitaran yang lebih selamat dan bersih. Tetapi, apakah pembersih udara yang bersesuaian untuk rumah anda?

Bercakap mengenai pembersih rumah, terdapat pelbagai jenis, bentuk dan saiz yang ditawarkan di pasaran. Dengan hadirnya bermacam-macam variasi pembersih udara di pasaran, ia semestinya menyukarkan anda untuk membuat pilihan yang manakah terbaik untuk rumah anda.

Dan mungkin anda boleh menambah Phillips Air Performer 7000 Series 2-in-1 Purifier And Fan ke dalam senarai pembersih udara yang boleh anda pilih.

Persepsi Awal Tentang Phillips Air Performer 7000 Series

Bercakap mengenai rumah bersih dan bebas pencemaran, ia bukan sekadar kotoran fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar, ia juga merangkumi udara dan habuk yang tidak bersih yang memasuki rumah melalui tingkap dan pintu terbuka. 

Jadi untuk memastikan rumah atau ruang peribadi anda sihat, bersih dan selamat, Phillips baru-baru ini telah melancarkan sebuah produk untuk rumah yang dikenali sebagai Phillips Air Performer 7000 Series 2-in-1 Purifier And Fan.

Bagi yang tidak mengetahui, Phillips Air Performer 7000 Series merupakan sebuah pembersih udara dua dalam satu yang menawarkan gabungan antara penapis udara dan juga kipas. Dengan menggabungkan dua ciri ini, ia direka untuk memberikan kemudahan kepada kehidupan di rumah bagi setiap individu.

Membawakan rekaan yang moden, kami boleh katakan bahawa Phillips Air Performer 7000 Series merupakan pilihan yang baik untuk dijadikan sebagai pelengkap hiasan dalaman rumah. Khususnya individu yang mementingkan gaya dan paparan yang minimalis untuk setiap sudut di setiap ruangan.

Jika anda lihat, reka bentuk seperti gelung buih gergasi pada bahagian atas yang ditampilkan pada pembersih udara ini, ia menjadikan rekaannya lebih unik berbanding biasa. Malah, tidak seperti saiznya yang kelihatan besar apabila dikeluarkan dari kotak, ia sebenarnya tidak seberat yang Tajria jangkakan.

2-Dalam-1 : Bukan Sekadar Menggabungkan Fungsi, Tetapi Juga Pengalaman Yang Berganda

Tidak dinafikan, Phillips Air Performer 7000 Series menawarkan ciri dan fungsi yang diperlukan oleh kebanyakan rumah bagi menikmati udara yang berkualiti.

Namun, untuk mengetahui sama ada Phillips Air Performer 7000 Series ini benar-benar pembersih udara yang perlu anda dapatkan untuk rumah atau sebaliknya, Tajria hari ini akan berkongsi pandangan kami sepanjang penggunaan.

Pertama kali Tajria membuka kotaknya, ia seakan memberikan pengalaman yang baru terutamanya apabila anda sudah biasa dengan rekaan penapis udara yang berbentuk kotak.

Disebabkan saiznya yang tidak besar dan kompak, maka ia mudah untuk diletakkan di kebanyakan ruang sama ada di lantai ataupun di atas kabinet. Cadangan kami, tempat terbaik untuk meletakkan penapis udara Phillips Air Performer 7000 Series adalah di kawasan tidak terlalu tinggi dan berhampiran dengan zon pernafasan anda.

Untuk pengetahuan anda, semakin dekat unit dengan kepala anda, semakin pendek jarak udara bersih yang perlu dilalui sebelum ia sampai kepada anda. Oleh itu, di dalam bilik tidur, anda boleh menempatkan Phillips Air Performer 7000 Series berdekatan dengan katil. Sementara di bilik kerja pula, susunkannya di kawasan sekitar kerusi tempat anda bekerja.

Bersama-sama dengan pembersih udara ini juga, ia hadir dengan alat kawalan jauh yang ringkas. Melaluinya, anda boleh menetapkan tetapan yang inginkan sama ada penggunaan mod tidur, mod turbo dan sebagainya. Menggunakan alat kawalan jauh itu juga, anda boleh meningkatkan kelajuan kipas dengan lebih mudah.

Selain menggunakan alat kawalan yang tersedia, anda juga boleh menggunakan aplikasi Phillips Air+ menerusi peranti pintar anda. Caranya, tambah produk Phillips Air Performer 7000 Series ke dalam senarai peranti Phillips anda dan kemudiannya sambungkan kepada jaringan WiFi yang sama sebelum boleh mula mengurus Phillips Air Performer 7000 Series dengan lebih mudah.

Pada tempoh awal pengendalian Phillips Air Performer 7000 Series , ia boleh dikatakan hampir tiada sebarang masalah kerana ia tidak memerlukan pemasangan semula yang kompleks. Anda hanya perlu menyusun penapis-penapis yang tersedia di dalam kerangka dan pasangkannya berdasarkan panduan di dalam manual.

Proses penukaran dan penggantian penapis boleh dikatakan agak mudah. Anda hanya perlu menarik keluar pada bahagian pembersih udara dan gantikannya penapis lama kepadayang baharu. Phillips Air Performer 7000 Series juga hadir paparan notifkasi untuk penapis yang sedang digunakan. Ianyaakan memberitahu anda apabila tiba masanya untuk menggantikan penapis yang telah digunakan untuk tenpoh yang lama.

Secara amnya, penapis penyahbauan dan pengumpul habuk akan bertahan antara 6 bulan hingga 1 tahun, jika penapis udara digunakan setiap hari. Walau bagaimanapun, jika penapis telah mengeluarkan bau, maka ia harus diganti lebih awal.

Adakah Kipas Pada Phillips Air Performer 7000 Series Boleh Digunakan Pada Ruang Yang Besar?

Disebabkan ia mempunyai kelebihan untuk dipusingkan sehingga 350 darjah, maka sewaktu Tajria menggunakan Phillips Air Performer 7000 Series, tiada sebarang masalah akan ada lokasi atau bahagian rumah yang tidak merasa kipas.

Malah, anda juga boleh menukar mod daripada mod biasa kepada mod turbo. Walau bagaimanapun, disebabkan mod turbo memberikan kelajuan kipas paling maksima, ia secara tidak langsung turut akan mengeluarkan bunyi yang kuat.

Untuk pengetahuan anda juga, Phillips Air Performer 7000 Series hadir dengan reka bentuk tanpa bilah. Oleh itu, ia menciptakan aliran aliran udara kipas yang konsisten sehingga 1730 m3/j selain turut boleh disesuaikan sepenuhnya dengan 10 kelajuan untuk memenuhi keperluan keselesaan anda.

Apakah Kelebihan Phillips Air Performer 7000 Series Yang Paling Disukai Tajria?

Sudah tentu kelebihan yang disukai Tajria adalah sensor AeraSense pada Phillips Air Performer 7000 Series.

Mengapa sedemikian? Jawapannya adalah disebabkan sensor AeraSense ini akan mengesan kualiti udara dan melaporkan keadaannya dalam masa nyata. Jadi, sejurus Tajria memasang peranti berkenaan, kami boleh mengetahui serta-merta tahap keselamatan ruang kepada penghuni di dalamnya.

Dari sudut pembersih udara ini pula, ia akan bertindak balas terhadap sebarang peningkatan pencemaran untuk meningkatkan kualiti udara anda.

Bagaimana untuk mengetahui kualiti udara di dalam ruang tersebut? Anda hanya perlu semak paparan atau aplikasi digital pembersih anda untuk menjejak bahan pencemar ultra halus (PM2.5), suhu dan tahap kelembapan.

Adakah Phillips Air Performer Ini Berbaloi Untuk Dicuba?

Jawapannya, ya. Lebih-lebih lagi untuk anda yang tinggal di rumah tinggi yang mungkin mempunyai saiz ruang yang terhad, Phillips Air Performer 7000 Series bertindak baik dalam membantu melengkapkan keperluan anda. Anda mungkin tidak perlu mengeluarkan kos tambahan untuk mendapatkan kipas kerana pembersih udara ini dilengkapi dengan kelebihan dua dalam satu, iaitu penapis dan kipas.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, Phillips Air Performer 7000 Series kini ditawarkan pada harga yang hanya RM1,929 sebuah.

Komen