Memasak atau didihkan air sebelum diminum adalah salah satu kaedah paling mudah dan ringkas untuk mengurangkan risiko jangkitan bawaan air. Malah, menurut pemeriksa kesihatan, mereka mengesyorkan air untuk dimasak terlebih dahulu lebih-lebih lagi apabila kawasan perumahan anda berdekatan dengan kawasan air awam yang terjejas kualitinya.

Secara umumnya, air paip yang dimasak sememangnya mengurangkan pendedahan kepada mikrob, namun ia masih lagi tidak membuang sepenuhnya semua toksin berbahaya.

Jadinya, adalah penting untuk anda mendapatkan air yang ditapis untuk kegunaan harian. Ini kerana, penapis air boleh digunakan untuk merawat air dengan pelbagai jenis bahan cemar. Penapis air telah direka oleh profesional untuk menghapuskan mikrob, kesan logam dan bau.

Berbanding dengan air masak biasa, air yang telah ditapis adalah pilihan yang lebih baik selain turut lebih pantas untuk orang ramai menikmati air minuman yang bersih dan sihat. Bukan itu sahaja, dengan adanya penapis air juga, ia sedikit sebanyak tidak mendatangkan bahaya yang diketahui kepada kesihatan anda.

Jika dibandingkan kedua-duanya, pakar kesihatan turut menekankan bahawa air paip yang dimasak tidak membersihkannya sepenuhnya meninggalkan beberapa bahan cemar. Tetapi sebaliknya, penapis air telah menyediakan air yang lebih bersih dan selamat. Jadinya, anda boleh terus menikmati air yang telah ditapis tanpa perlu memanaskannya terlebih dahulu.

Akan tetapi sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada air yang ditapis, adalah dinasihatkan untuk mengambil sekurang-kurangnya air masak.