Carian
Jepun, Malaysia & Thailand Adalah Destinasi Pilihan Pelancong Asia Untuk Bercuti Sempena CNY
January 18, 2023 Lina Rosli

Berdasarkan data carian platform percutian digital global, Agoda, Jepun muncul sebagai destinasi yang mempunyai carian tertinggi pelancong di Asia bersempena sambutan Tahun Baru Cina, diikuti oleh Malaysia dan Thailand. 

Untuk rakyat Malaysia, berikut adalah destinasi pilihan mereka sebagai tempat percutian sempena Tahun Baharu Cina:

  1. Thailand
  2. Indonesia
  3. Singapura
  4. Jepun
  5. Filipina

Menurut Agoda, peningkatan jumlah pelancong ke Thailand adalah berikutan kebanyakan pelancong China dan Jepun dilihat menggemari destinasi percutian beriklim panas. Ia sebaliknya untuk pelancong dari Thailand yang memilih kawasan pelancongan beriklim lebih sejuk.

Di Jepun, bandar atau lokasi yang menjadi tarikan utama pelancong termasuklah Tokyo, Osaka dan Fukuoka. Dalam data lain, Bangkok berjaya menduduki tempat pertama dalam kalangan para pelancong, diikuti oleh bandar pesta pantai Pattaya dan Chiang Mai.

Sementara untuk pengunjung yang tiba di Malaysia pula, Kuala Lumpur muncul sebagai tempat paling popular di Malaysia, diikuti dengan Melaka dan Pulau Pinang yang mana masing-masing menawarkan tarikan warisan budaya dan suasana kotanya yang meriah.


Komen