Setiap individu akan menjalani proses yang mana pertukaran kulit. Namun, ianya tidak kelihatan terlalu ketara seperti apa yang dilihat pada ular. Mengapa sedemikian?

Untuk pengetahuan anda, pakar dermatologi menyatakan bahawa setiap minit pada setiap hari, kita secara semula jadi menghasilkan antara 30,000 dan 40,000 sel kulit mati. Proses ini tidak dapat dilihat oleh mata manusia, dan epidermis sentiasa membuat sel-sel baru pada setiap saat bagi menggantikan sel-sel yang anda hilang.

Bagaimana Sel Kulit Mati Terhasil?

Faktor yang menyebabkan berlakunya penghasilan kulit mati termasuklah:

  • Umur
  • Cuaca
  • Gaya hidup
  • Produk penjagaan kulit
  • Kadar pendedahan matahari
  • Dehidrasi

Secara umumnya, proses penggantian sel ini berlaku bermula dari lapisan paling dalam. Sel-sel kulit ini sebenarnya terbentuk pada tahap epidermis yang lebih dalam, dan sel-sel yang baru dilahirkan itu kemudiannya akan berhijrah ke permukaan kulit apabila yang sel lama yang lain mati.

Malah, epidermis menggunakan sel kulit mati sebagai lapisan penghalang dan penampan. Jadi, jangan disangkakan sel kulit mati ini tidak diperlukan kerana hakikatnya, sel kulit mati ini memainkan peranan yang nyata dalam proses pertukaran sel semula jadi. Akan tetapi jika proses itu tidak dilaksanakan dengan baik, sel-sel mati boleh terkumpul dan menjejaskan kesihatan kulit anda.

Apabila usia semakin meningkat, lapisan epidermis menipis dan kadar pusing ganti sel kulit kita semakin perlahan. Ini lebih ketara pada wanita yang mana ia akan jelas kelihatan pada muka dan leher. Sementara, bayi dan kanak-kanak kecil pula, kadar pusing ganti sel mereka begitu cepat sekaligus tidak memperlihatkan kekusaman kulit yang ketara.

Untuk pengetahuan anda, kadar pusing ganti sel kanak-kanak adalah lebih dua kali ganda berbanding orang dewasa yang lebih tua. Malah, kebanyakan orang dewasa yang berumur lebih dari 65 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu gangguan kulit.

Kesan Sel Kulit Mati Ke Atas Kulit Sekiranya Tidak Diuruskan Dengan Baik

Salah satu kesan sel kulit mati jika tidak dibersihkan dengan baik, ekzema boleh berlaku. Ia adalah keadaan kulit radang yang menyebabkan ruam merah dan gatal pada badan. Juga dikenali sebagai dermatitis atopik, ekzema lebih kerap berlaku pada kanak-kanak dan dipercayai berpunca daripada gabungan faktor genetik dan persekitaran.

Selain itu, sel kulit mati juga boleh menyebabkan psoriasis yang mana ia merupakan keadaan autoimun yang menyebabkan tompok tebal sel kulit mati. Anda juga mungkin melihat lesi dan kemerahan yang menjengkelkan. Walaupun psoriasis tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, ia boleh diuruskan dengan baik.

Jika masalah kulit anda menjadi lebih teruk, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar dermatologi anda tentang gejala anda untuk membuat rawatan yang bersesuaian.

Sumber: VeryWellHealth Mindbodygreen