Diinspirasikan oleh kerjaya doktor, jururawat, pembantu perubatan dan lain-lain di hospital, Christy Ng bersama-sama dengan KPJ Healthcare telah hadir dengan koleksi beg baharu yang ringkas dan moden.

Untuk koleksi ini, Christy Ng dilihat menggunakan warna-warna klasik yang seakan sinonim dengan warna KPJ Healthcare iaitu biru, merah dan putih. Dihadirkan dalam pelbagai bentuk dan saiz, kesemua beg-beg Christy Ng X KPJ ini sesuai digayakan dalam kehidupan seharian di samping mengekalkan motif utama beg ini iaitu meraikan wira yang tidak didendang (hero without cape).

Berdasarkan perkongsian dari laman rasmi Christy Ng, beg tote Christy Ng X KPJ yang kini tersedia hanyalah Nurses Grocery Tote Bag yang ditawarkan pada harga RM44 sebuah. Walau bagaimanapun, ia tidak ditawarkan secara meluas yang mana ia boleh dibeli di laman rasmi Christy Ng dan juga di rangkaian KPJ Healthshoppe dan JX Pharmacy terpilih di Malaysia.