Pada Ogos 2022 yang lalu, Tealive telah memperkenalkan satu sub-jenama di bawah jenama Tealive yang akan memfokuskan kepada penawaran variasi pilihan kopi iaitu Coffee By Tealive.

Dan kini, bagi memperluaskan dan mengembangkan jenama mereka, sebuah kempen baharu sedang giat dijalankan termasulah perlantikan ‘CEO’ atau Chief Espresso Officer baharu mereka iaitu selebriti Fikry Ibrahim.

Menerusi kempen ini, anda boleh mendapatkan cawan kedua kopi di Tealive pada harga serendah RM1 sahaja. Walau bagaimanapun, tawaran ini sah sebelum jam 3 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Berdasarkan poster yang dikongsikan, antara menu kopi yang ditawarkan adalah Signature Coffee, Latte, Americano dan juga Cappuccino sama ada panas dan juga sejuk.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran menarik Coffee By Tealive, anda boleh berkunjung ke platform media sosial Tealive pada hari ini.