Lina Rosli Diterbitkan 25 January 2023

Tealive Memperkenalkan Minuman Bertemakan Black & Pink

Bagi peminat minuman Tealive, jenama minuman teh mutiara ini telah melancarkan siri minuman baharu iaitu Black & Pink In Your Area.

Menerusi siri ini, anda boleh menikmati 3 pilihan minuman termasuklah:

  • Strawberry Pudding Smoothies
  • Strawberry Pearl Smoothies
  • Strawberry Pearl Milk Tea

Selari dengan konsep Black & Pink ini, ketiga-tiganya minuman ini dilihat hadir dengan siri minuman berwarna merah jambu. Dari segi rasa, Tealive telah menggandingkan rasa buah strawberi bersama-sama dengan toppings dan juga air teh susu kegemaran ramai.

Bagi anda yang menggemari kesegaran rasa minuman dalam siri Black & Pink ini, maka jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal mencuba menu terbaru daripada Tealive. Kongsikan pengalaman mencuba Tealive Strawberry Pudding Smoothies, Strawberry Pearl Smoothies dan Strawberry Pearl Milk Tea anda bersama pembaca Tajria bermula hari ini.

Untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pesanan di rangkaian fizikal Tealive berdekatan atau layari aplikasi Shopee Food, GrabFood dan juga FoodPanda.