Tahukah anda, selain yogurt, Tutti Frutti juga turut memperkenalkan penawaran terbaharu di dalam menu mereka iaitu kopi.

Menggunakan nama TF Coffee, bagi anda yang meminati minuman berkafein ini, anda kini boleh mencuba hidangan kopi di Tutti Frutti pada harga bermula RM10 sahaja. Apa yang menarik juga, Tutti Frutti menyatakan bahawa mereka menggunakan biji kopi campuran istimewa untuk setiap cawan kopi yang disediakan.

Sekiranya anda ingin mencuba TF Coffee terbaharu dari Tutti Frutti ini, setakat ini, hanya sebuah cawangan sahaja yang boleh anda kunjungi iaitu di Jalan Medan Setia 1, Plaza Damasara di Bukit Damansara.

Jika anda ingin memesan froyo pula, kini Tutti Frutti telah hadir dengan skim harga tetap sama seperti kebanyakan jenama froyo di pasaran. Dan dari segi harga yang disenaraikan di dalam menu, Tutti Frutti hadir dengan nilai RM13 untuk froyo saiz 5oz dengan dua toppings sementara RM16 untuk froyo bersaiz 6oz dengan dua toppings.