Carian
Kajian Dapati Penghidratan Yang Betul Boleh Melambatkan Proses Penuaan, Memanjangkan Hayat Bebas Penyakit
January 25, 2023 Lina Rosli

Air merupakan keperluan utama bagi manusia. Tidak hanya melegakan rasa dahaga ketika cuaca terik, air juga membekalkan nutrien yang penting kepada tubuh. Sekiranya air tidak diperoleh pada kuantiti yang mencukupi, ia sedikit sebanyak akan memberi kesan ke atas kesihatan.

Secara umumnya, kira-kira 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri. Untuk setiap manusia, air turut diperlukan untuk melincirkan sendi, mengawal suhu badan serta mengeluarkan sisa toksin yang terkumpul di dalam tubuh.

Bagi yang tidak mengetahui, terdapat banyak lagi kelebihan air yang lain. Baru-baru ini, kajian yang dikongsikan Institut Kesihatan Kebangsaan yang diterbitkan di dalam jurnal eBioMedicine mendapati bahawa mendapatkan jumlah air yang mencukupi juga dikaitkan dengan risiko yang jauh lebih rendah untuk menghidap penyakit kronik, risiko yang lebih rendah untuk mati lebih awal atau risiko yang lebih rendah untuk menjadi lebih tua secara biologi daripada usia kronologi anda.

Kelebihan ini didorong oleh struktur air itu sendiri. Air adalah konstituen utama sel. Air yang diserap oleh sel akan menggebukan kulit anda, memastikan ia segar, lembut, licin dan malah bercahaya.

Apabila anda mendapatkan air yang mencukupi, ia akan mengekalkan kelembapan kulit yang optimum dan menyampaikan nutrien penting kepada sel-sel kulit serta menambah semula tisu kulit baharu menggantikan sel yang telah mati. Ini sekaligus meningkatkan keanjalannya, mengakibatkan kelewatan dalam permulaan penuaan, seperti kedutan dan garis halus.

Dalam kajian yang dikongsikan CNN itu juga, penyelidik telah menambah bukti pemerhatian yang mengukuhkan potensi manfaat jangka panjang penghidratan yang lebih baik pada pengurangan hasil kesihatan jangka panjang. Mereka telah mengukur prestasi sistem dan proses organ yang berbeza, termasuk kardiovaskular, buah pinggang, pernafasan, metabolik, imunisasi tubuh dan keradangan.

Penemuan ini secara konsisten menghasilkan dapatan kajian yang mana peningkatan kematian dan penyakit kardiovaskular pada orang yang mempunyai paras natrium biasa yang tinggi.

Sebagai rujukan, kandungan air badan yang sedikit boleh memberi kesan kepada peningkatan natrium serum. Itulah sebabnya keputusan menunjukkan bahawa kekal terhidrat dengan baik boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah atau melambatkan penyakit kronik.

Tahap natrium serum ini kebiasaannya boleh dipengaruhi oleh pengambilan cecair daripada air termasuk juga cecair lain seperti di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kandungan air yang tinggi.

Komen