Lina Rosli Diterbitkan 26 January 2023

Twisties Memperkenalkan Perisa Nasi Goreng Berasap Untuk Snek

Selepas memperkenalkan perisa dengan citarasa tempatan Twisties Kaya Butter Toast, kali ini Twisties sekali lagi hadir dengan rasa yang unik untuk snek mereka iaitu Nasi Goreng Berasap.

Menurut perkongsian Mondelez, Twisties Nasi Goreng Berasap ini dilihat menampilkan rasa yang menggabungkan rasa asli nasi goreng bersama-sama dengan snek jagung kegemaran rakyat Malaysia. Penawaran ini dilihat selari dengan strategi Twisties dalam berinovasi dengan hidangan tempatan tempatan untuk membawa rasa selesa kepada pengguna.

Untuk pengetahuan anda, nasi goreng adalah hidangan yang sangat popular dalam kalangan rakyat tempatan yang mana ia selalu dihidangkan tanpa kira waktu sama ada pagi, tengahari mahupun malam.

Oleh itu, jika anda berminat untuk mencuba Twisties Nasi Goreng Berasap ini, anda boleh mula mendapatkannya hari ini di rangkaian pasaraya dan kedai serbaneka berdekatan anda pada harga RM2.10 satu pek dengan berat 60g.