Ketahui Perbezaan Probiotik Dan Prebiotik – Jenis Makanan Yang Mengandunginya

January 30, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Jika anda baca pada label nutrisi pada makanan atau suplemen, terdapat satu nama bahan yang sangat sinonim dan selalu digunapakai iaitu probiotics‘. Namun, tahukah anda apakah fungsi bahan tersebut?

Secara umumnya, probiotik dan juga prebiotik adalah penting untuk kesihatan manusia yang mana kedua-dua bahan ini mempunyai fungsi yang berbeza:

  • Probiotik. Ia adalah bakteria hidup yang terdapat dalam makanan atau suplemen tertentu yang berfungsi bagi memberikan banyak manfaat kesihatan.
  • Prebiotik. Ia adalah bahan-bahan yang berasal dari jenis karbohidrat dan kebanyakannya serat yang tidak dapat dihadam oleh manusia. Bakteria berfaedah dalam usus anda memakan serat ini.
Lactobacillus bulgaricus bateria

Apakah Jenis-Jenis Makanan Yang Mengandungi Probiotik?

Di dalam makanan, probiotik secara semula jadi boleh didapati di dalam hidangan seperti yogurt dan juga makanan yang ditapai termasuk:

  • sauerkraut
  • kimchi
  • teh kombucha
  • kefir (tenusu dan bukan tenusu)
  • jeruk (tidak dipasteurkan)
  • sayur jeruk (tidak dipasteurkan)

Untuk sesetengah susu, ada juga yang mengandungi probiotik. Namun, jika anda akan ingin mendapatkan susu dengan faedah probiotiknya, pastikan ia tidak dipasteurisasi, kerana proses ini membunuh bakteria.

Apakah Jenis-Jenis Makanan Yang Mengandungi Prebiotik?

Untuk prebiotik pula, ia sering ditemui dalam makanan yang mengandungi serat seperti di dalam sayur-sayuran, buah-buahan, dan kekacang.

Makanan yang tinggi serat prebiotik termasuklah:

  • kekacang
  • oat atau bijirin
  • pisang
  • beri
  • asparagus
  • bawang putih
  • daun bawang
  • bawang besar
  • Salah satu perkara yang dilakukan oleh bakteria usus anda dengan serat prebiotik ialah mengubahnya menjadi asid lemak rantai pendek yang dipanggil butirat.

Kesemua makanan tinggi serat ini memerlukan prebiotik untuk mencerna makanan. Hal ini kerana, individu tidak berupaya untuk mencerna jenis serat ini tanpa bakteria yang menyokong pencernaan dan meningkatkan kebolehan sistem imunisasi.

Selain itu, probiotik dan prebiotik juga turut ditambah kepada beberapa makanan dan boleh didapati sebagai makanan tambahan.

Penyelidikan sedang dijalankan mengenai hubungan kedua-dua bakteria usus ini dengan penyakit. Faedah kesihatan probiotik dan prebiotik yang tersedia pada masa ini masih belum terbukti secara muktamad.

Walau bagaimanapun, kesan sampingan jarang berlaku, dan kebanyakan orang dewasa yang sihat boleh menambah makanan yang mengandungi prebiotik dan probiotik ke dalam diet mereka dengan selamat.

Jika anda mempertimbangkan untuk mengambil suplemen, periksa terlebih dahulu kandungan yang dihadirkan dengan doktor anda untuk memastikannya sesuai untuk tubuh.

Sesetengah makanan tersebut juga boleh dianggap sinbiotik, kerana ia mengandungi kedua-dua bakteria berfaedah dan sumber serat prebiotik untuk bakteria makan.

Sumber: NCCIH GOV, Health UMMS

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd