Carian
Siri Samsung Galaxy S23 – Kamera 200MP, Video Dan Gambar 8K, Kemaskini Expert RAW
February 2, 2023 Lina Rosli

Pada 2 Februari 2023, Samsung telah memperkenalkan barisan peranti baharu bagi siri Samsung Galaxy S iaitu S23, S23+ dan juga S23 Ultra.

Menggunakan cip yang lebih berkuasa iaitu Qualcomm Snapdragon Gen 2 For Galaxy, Samsung Galaxy S23 menawarkan pengalaman penggunaan peranti alaf baharu. Di samping itu, Samsung turut menambah-baik beberapa penawaran untuk peranti mereka termasuk pengenalan kamera 200-Megapixel untuk Samsung Galaxy S23 Ultra.

Menurut Samsung, dengan penambahbaikan yang ditawarkan pada kesemua kamera peranti mereka, ia bukan sahaja memberikan pengalaman serba baharu untuk rakaman gambar tetapi juga menjadikan hasil rakaman gambar dan juga video yang lebih berkualiti tinggi di dalam sebarang situasi pencahayaan.

Bercakap mengenai pengalaman rakaman gambar yang serba baharu ini lagi, antara ciri rakaman yang menarik perhatian Tajria termasuklah, penawaran kualiti rakaman gambar sehingga 8K, mod Nightography dan juga Multiple Exposure yang ditawarkan pada kesemua peranti baharu siri Galaxy S.

Untuk kamera dengan sensor 200-Megapixel ini, sama seperti kamera 108-Megapixel yang ditawarkan pada peranti Galaxy S22 Ultra, sensor tersebut diletakkan pada kamera sudut ultra-lebar peranti. Hasilnya, untuk setiap gambar dan video yang dirakam, ia menawarkan keseimbangan warna yang lebih kemas selain memberikan hasil rakaman yang lebih stabil.

Manakala untuk Expert RAW, anda boleh menggunakan mod Multiple Exposure untuk melakukan suntingan seperti menggabungkan satu gambar dengan gambar yang lain tanpa perlu menggunakan aplikasi dari pihak ketiga.

Tidak sekadar menawarkan ciri suntingan yang menarik, Samsung juga turut hadir dengan mod yang paling ditunggu-tunggu oleh para penggemar Samsung iaitu mod Astrophoto. Melaluinya, rakaman gambar bintang dan langit pada waktu malam bukan sahaja menjadi lebih jelas dan berkualiti tetapi juga menawarkan hasil yang seakan sama dengan rakaman professional.

Harus diingatkan untuk menggunakan Expert RAW ini, anda perlu mendapatkannya dari Galaxy Store. Peenawaran ini juga terhad untuk peranti dengan sistem operasi One UI 5 untuk Android 13.

Komen