Ramai orang beranggapan bahawa telur mempunyai kolestrol yang tinggi dan pengambilan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan. Namun, adakah anggapan itu benar atau hanya mitos semata ?
Sebenarnya, telur mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan kita. Telur mempunyai kandungan protien yang tinggi dan mampu memulihkan sel tubuh badan yang rosak akibat aktiviti seharian. Telur juga mempunyai segala jenis vitamin yang penting untuk badan kita seperti kalsium, folat, Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi. Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 khasiat telur yang baik untuk tubuh badan kita.
1. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Tahukah anda bahawa telur boleh mengurangkan risiko sakit jantung ?
Kolestrol daripada telur merupakan kolestrol yang baik, iaitu HDL (High Density Lipid). HDL adalah penting di dalam saluran darah kita kerana ianya dapat membantu menurunkan pasas kolestrol jahat, iaitu LDL (Low-Density Lipoproten).
Telur mampu mengubah kolestrol LDL kepada HDL. Kolestrol LDL mempunyai zarah-zarah yang kecil dan juga besar. Zarah-zarah kecil ini akan menyebabkan saluran tersumbat, manakala zarah-zarah yang besar akan membuatkan saluran bebas tersumbat. Jadi dengan menambahkan zarah-zarah besar ini ke dalam saluran darah, risiko untuk diserang sakit jantung lebih rendah.
2. Baik untuk Kulit dan Rambut
Telur kaya dengan vitamin B5 dan B12. Vitamin-vitamin kompleks ini sangat penting jika anda mahukan kulit dan rambut yang lebih sihat dan cantik. Kedua-dua putih dan kuning telur sangat baik untuk kulit dan rambut. Telur juga boleh dijadikan salah satu bahan dalam face mask anda.
Putih telur mengandungi vitamin A dan kolagen yang tinggi, yang membantu mempercepatkan proses rawatan kulit terbakar dan parut, jerawat, kedutan dan juga ruam. Manakala, kuning telur pula, berfungsi untuk menyuburkan dan menguatkan rambut.
Dengan khasiat 69 jenis protein yang ada dalam telur, anda boleh bayangkan bagaimana telur boleh membantu menghilangkan garis halus pada muka anda.
3. Mengurangkan Tekanan dan Kebimbangan
Badan kita mampu menghasilkan sehingga 11 asid amino yang diperlukan badan untuk berfungsi. Namun, badan kita masih perlukan lagi 9 asid animo, yang mana terkandung di dalam telur. Dengan pengambilan telur, kita dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Jika badan anda tidak dibekalkan dengan asid animo yang terkandung di dalam telur, ia boleh memberi kesan kepada otak anda. Mengikut kajian pada 2004, mineral dan vitamin yang terdapat dalam telur boleh meningkatkan serotonin dalam badan, yang mana boleh mengurangkan tekanan dan juga rasa bimbang.
4. Perlindungan Kepada Otak
Ramai yang tidak tahu bahawa telur dapat memberi perlidungan kepada otak kita. Sebenarnya, telur amat penting untuk otak kita. Choline yang terkandung di dalam telur diperlukan dalam otak kita supaya neurotransmitter (Pemancaran Neuro) dapat berfungsi dengan baik. Pengambilan sebiji telur dapat membekalkan lebih 100mg choline, iaitu hampir satu per empat daripada jumlah rekomendasi pengambilan chloline harian. Kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan masalah saraf di dalam otak.
5. Sistem Imun yang Lebih Baik
Telur menjadikan sistem imun dalam tubuh badan kita lebih baik. Jika anda tidak mengamalkan makan telur dalam diet anda, anda perlu mulakannya sekarang. Ini kerana, pengambilan telur dapat memastikan tubuh badan kita tidak dijangkiti bakteria dan virus semulajadi.
Makan telur yang bersaiz besar (saiz AA), kerana ia mengandungi hampir satu per empat kandung Selenium yang badan kita perlukan. Selenium adalah nutrien yang diperlukan badan kita untuk memperbaiki daya tahan badan dan juga mengawal hormon tiroid.
Rumusan
Telur ialah sumber makanan yang kaya dengan pelbagai nutrien dan boleh didapati dengan murah dan mudah di negara kita.
Kita sebenarnya tidak perlu risau untuk mengambil telur dalam diet makanan seharian kita. Terdapat banyak khasiat dan manfaat kesihatan yang boleh didapat daripada telur. Dengan pengambilan telur dalam diet kita, kita dapat mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk memastikan kita kenyang. Seterusnya, dapat membantu kita dalam mengurangkan kalori makanan kita.
Namun, dos pengambilanya mestilah secara bersederhana supaya tidak timbul masalah kesihatan yang lain. Semoga bermanfaat.