Kurangkan Minum Kopi Jika Anda Mengalami Gejala Ini
Hafiz Suhaimi
Mendapatkan secangkir kopi sudah menjadi suatu “trend” atau fenomena terutamanya bagi golongan muda masyarakat Malaysia. Dahulu, kopi dianggap sebagai sekadar sejenis minuman untuk mengelakkan rasa mengantuk semata-mata. Namun sekarang, ia secara perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada produk gaya hidup yang perlu diambil secara rutin.
Kopi juga sudah menjadi minuman utama yang perlu ada apabila mengadakan mesyuarat, sama ada secara santai atau professional. Bagi golongan yang bekerja, meminum kopi ibarat ‘pembuka selera’ untuk mereka melakukan tugasan di pejabat atau tempat kerja.
Namun, masih ramai yang lupa bahawa kopi mengandungi kafein. Tidak dinafikan lagi bahawa kesan kafein dapat membantu anda mengurangkan rasa mengantuk dan dapat melakukan kerja berlebihan. Walau bagaimanapun, jika diambil secara berlebihan, ia juga boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita.
Jika anda mengalamai beberapa gejala seperti yang dikongsikan di bawah, ia adalah petanda untuk anda kurangkan pengambilan kopi dengan segera.
Sering Sakit Perut
Jika anda mula rasa sakit perut yang memulas selepas meminum kopi, ia mungkin disebabkan berlakunya gangguan pada proses pecernaan. Kopi boleh menjadi punca kepada refluks gastroesofageal. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilan kopi buat sementara waktu.
Sukar Tidur
Ramai orang meminum kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk supaya mereka dapat melakakukan kerja berlebihan. Namun, jika anda mengambil dalam kuantiti yang banyak atau minum pada waktu malam, ia boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk tidur. Apabila anda tidak cukup tidur, keesokannya anda minum lagi kopi untuk mengelakkan rasa mengantuk di pejabat. Ini akan memburukkan lagi keadaan.
Sakit Kepala
Bagi penggemar kopi, minuman ini mampu meredakan rasa tekanan mereka. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Johns Hopkins, individu yang minum lebih lima cawan kopi akan mengalami sakit kepala.
Degupan Jantung Kencang
Jika anda mula merasakan jantung anda berdegup semakin pantas, itu adalah petanda besar bahawa anda perlu mengurangkan pengambilan kopi. Kandungan kafein di dalam kopi menyebabkan jantung ada berdenyut dengan pantas dan boleh menyebabkan anda merasa sakit kepala. Selain itu, individu yang mengambil kafein secara berlebihan didapati akan mudah rasa cemas.
Sumber: Maskulin