Mungkin anda pernah tertanya-tanya, adakah anda perlu menukar lantai rumah atau jubin yang telah digunakan untuk tempoh masa yang lama? Jika ya, tahukah anda, sekiranya jubin tersebut dipasang dengan betul, ia tidak perlu ditukar dengan kerap kerana ia menawarkan penyelesaian yang teguh, tahan lama dan praktikal di seluruh rumah.

Walau bagaimanapun, ia berkemungkinan tidak berlaku untuk segelintir rumah. Dalam sesetengah keadaan, ada rumah yang dilihat mengalami keretakan pada jubin lantai mereka sehingga boleh menjejaskan keselamatan individu dan barangan di dalam rumah.

Bagaimana Jubin Boleh Retak?

Persoalan utama sekiranya anda melihat garisan retak di jubin anda; “Bagaimana jubin boleh retak?” atau “Apakah yang telah saya lakukan sehingga jubin di rumah menjadi retak?”.

Untuk pengetahuan anda, jubin retak ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Namun, faktor yang paling besar adalah berpunca daripada pemasangan jubin yang tidak betul.

Selain itu, terdapat empat perkara lain yang juga boleh memberi kesan kepada kekuatan dan keteguhan jubin seperti:

  1. Perubahan suhu yang melampau
  2. Keretakan pada substrat (atau permukaan jubin diletakkan)
  3. Menyokong terlalu banyak beban yang berat
  4. Barang berat terjatuh atau tertimpa keatasnya

Pemasangan jubin yang salah

Untuk membolehkan jubin memberikan prestasi optimum, adalah penting untuk ia dipasang dengan betul. Contoh pemasangan jubin yang salah termasuklah:

  • Terdapat jurang atau lompang antara jubin dan permukaan. Jika ini berlaku, ia boleh menjejaskan integritinya dan sekaligus menyebabkan titik utamanya lemah dan akhirnya retak
  • Penggunaan pelekat yang tidak sesuai. Jubin perlu dipasang dengan selamat pada permukaan menggunakan pelekat dengan sifat fleksibel yang membolehkan pergerakan kecil antara jubin tegar dan substrat tanpa menjejaskan kestabilan jubin. Menggunakan bahan yang salah seperti campuran grout atau simen untuk meletakkan jubin boleh menyebabkannya patah.

Perubahan suhu yang melampau

Di dalam rumah anda, perubahan suhu mungkin nominal dan tidak sepatutnya menjejaskan integriti jubin anda secara drastik. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan jubin luar yang tidak sesuai untuk kegunaan luar dengan ciri kalis fros, perubahan suhu yang melampau boleh menjadikannya lebih mudah retak.

Jumlah beban yang melampau diletakkan di atas jubin

Tidak dinafikan jubin direka untuk menyokong beban yang berat, tetapi penggunaan jenis jubin yang bersesuaian perlu dipandang serius. Contohnya, jika anda memasang jubin dinding di atas lantai, ia mungkin tidak dibina untuk mengendalikan barang berat seperti peti sejuk atau mesin basuh untuk jangka masa yang lama.

Substrat retak

Untuk jubin lantai, jika permukaan di bawah jubin retak, ia juga boleh mengakibatkan satu atau beberapa jubin di atas turut retak sama. Ini berlaku disebabkan oleh pergerakan kecil seperti konkrit atau kayu yang mengembang dan mengecut, atau disebabkan oleh pemasangan tanpa membran fleksibel atau senarai yg panjang lebar yang meregang semasa substrat bergerak.

Akhir sekali, kebanyakan jubin juga diperbuat daripada seramik keras atau porselin yang biasanya mempunyai sifat tahan haba dan tekanan tinggi semasa pembuatan. Namun, harus diingatkan bahawa anda perlu sentiasa semak bahagian spesifikasi jubin dari pengilang atau pengeluar tentang jubin.