GoCar Malaysia mengumumkan pengenalan harga yang lebih mampu milik kepada pengguna yang ingin menempah servis perkongsian kereta elektrik atau GoEV Share menerusi pelaksanaan kadar baharu.

Mengenai kadar baharu, kini untuk tempahan GoEV Share Pergi Bali, ia memperlihatkan kos tempahan RM17.90 sejam berbanding dahulu RM24.90 sejam. Manakala, kadar harian juga dikurangkan kepada RM179 berbanding RM249 sehari berbanding sebelum ini. 

Bagi kadar tempahan jangka masa panjang 30 hari dan ke atas pula, harga tawaran terkini adalah RM120 sehari berbanding RM232 sebelum ini. 

Berdasarkan perkongsian di atas, pengguna dapat lihat yang mana kadar jam tempahan telah dikurangkan hampir 30 peratus, manakala kos tempahan untuk tempoh 30 hari dan ke atas kini menampilkan penjimatan hampir 50 peratus.

Tempoh tempahan Jam – 2 hari3 hari & ke atas7 hari & ke atas14 hari & ke atas30 hari & ke atas
KadarBermula RM17.90/jam
Bermula RM179/hari
Bermula RM129/hariBermula  RM125/hariBermula RM123/hariBermula  RM120/hari

Selain daripada itu, GoCar turut telah menambah rangkaian kebolehdapatan GoEV di Lembah Klang. Mereka kini menambah dua zon baharu di IOI City Mall (Level P1, di antara tiang F7 dan F8) dan 1 Mont Kiara (Zone C5, Level P3, Bay 162-164).

Untuk lokasi sedia ada, anda boleh mendapatkannya di:

  • GoCar Petaling Jaya Hub
  • GoCar Lot92 Cuba Beli Chow Kit
  • Avenue K KLCC
  • ERL Station KL Sentral
  • The LINC KL Jalan Tun Razak
  • MidValley Megamall
  • MyTown Cheras
  • Nissan/Renault ETCM Glenmarie
  • 63 Retail Park Mont Kiara

Untuk anda yang ingin menempah GoEV Share, muat-turun aplikasi mudah alih GoCar bermula hari ini. Bagi mengetahui info lanjut mengenai GoEV dan GoCar Malaysia, layari https://hi.gocar.my .