Bersempena dengan sambutan ulang tahun Watsons yang ke-29, Watsons Malaysia kini memperkenalkan kedai konsep pertama yang memfokuskan kelestarian di The Tropika, Bukit Jalil.
Melalui pembukaan kedai konsep ini, sekitar 700 produk lestari turut tersedia kepada umum. Menurut Watsons, dengan adanya kedai konsep ini, ia bukan sahaja mengajak orang ramai untuk memupuk sikap cintakan alam sekitar tetapi juga menjadi antara jenama yang komited dalam menerajui dan mengembangkan jenama mereka kearah kelestarian.

Kedai berkonsep hijau pertama ini merupakan satu kejayaan untuk Watsons Malaysia. Selain hadir dengan konsep mesra alam juga, Watsons juga sedia beradaptasi dengan teknologi inovatif dalam pembinaan dan operasi kedai untuk menggalakkan pembangunan lestari.
Watsons The Greener Store ini terletak di The Tropika Bukit Jalil yang mana ia mempunyai keluasan sebesar 1,922 kaki persegi. Dari segi reka bentuk, ia menggunakan bahan lestari hijau, perabot modular terpakai dan juga penyaman udara serta panel lampu yang mesra alam.

Selain itu, dari segi pengalaman membeli juga, Watsons turut menyediakan produk dengan bahan-bahan kecantikan yang bebas bahan kimi dan pembungkusan lebih baik dan juga inisiatif isian semula yang juga boleh didapati di Watsons Greener Store.