UNIQLO adalah sebuah jenama pakaian yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Bukan sahaja menampilkan kualiti yang tinggi untuk kegunaan harian, tetapi ia juga menawarkan barisan koleksi yang trendy dan juga minimalis sesuai dengan citarasa individu moden masa kini.

Terbaru, jenama pakaian UNIQLO dilihat hadir dengan penawaran yang cukup segar untuk anda cuba pada tahun 2023 ini. Ia menggabungkan pilihan warna yang lembut dan neutral yang mana ia sesuai dipadankan dan digunakan pada bila-bila keadaan.

Memfokuskan kepada gaya Paris Ines de la Fressange, UNIQLO mempersembahkan koleksi pakaian yang digemari dan sesuai dipakai oleh semua wanita di samping mementingkan keselesaan untuk mendedahkan kecantikan mereka.

Menerusi koleksi ini juga, UNIQLO memperlihatkan gabungan dua gaya dari dua negara iaitu Perancis dan India. Selari dengan permulaan tahun baharu dan pertumbuhan pesat musim bunga dan musim panas, UNIQLO telah bersedia menggabungkan keanggunan dan kecergasan vibes Perancis bersama warna semula jadi dari India seperti biru langit dan merah jambu halus daripada bunga dan merah bertenaga dalam satu-satu pakaian.

Selain itu, koleksi ini juga menggunakan fabrik ringan dan selesa yang berasal dari alam semula jadi di India seperti campuran linen kapas yang ditawarkan pada jaket. Bukan itu sahaja, di dalam koleksi ini juga, turut ditawarkan baju yang menampilkan corak kotak Madras dan juga cetakan bunga.

Jadi, adakah koleksi terbaru dari UNIQLO ini menarik perhatian anda? Jika ya, jangan lupa untuk kunjungi ke kedai UNIQLO berdekatan anda bermula hari ini!