Tidak dinafikan, apabila mengalami masalah kekeringan kulit, ia bukan sahaja menganggu keselesaan hari anda, tetapi juga menjadikan kulit turut tampak kusam dan tidak segar.
Untuk pengetahuan anda, kulit kering ini sering dikelaskan dalam dua kategori iaitu kering sehingga kulit tampak bersisik dan juga kering yang mengakibatkan penggelupasan. Kebiasaannya, kulit kering ini dialami untuk tempoh masa yang lama, iaitu sejak kecil.
Menurut pakar dermatologi, individu yang mengalami kekeringan kulit sering disebabkan oleh beberapa faktor seperti jumlah pengeluaran sebum dan minyak pada kulit secara semula jadi adalah terhad dan tidak mencukupi.

Bukan itu sahaja, ketidak-seimbangan hormon atau tiroid yang tidak aktif merupakan salah satu faktor yang menghalang pengeluaran sebum pada kulit. Bagi anda yang mengalami masalah ini, adalah disarankan supaya memberi perhatian untuk langkah hidrasi dalam rutin penjagaan kulit anda.
Bercakap mengenai kulit kering lagi, salah satu langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan perlaksanaan rutin exfoliate.
Terdapat satu mitos popular mengenai exfoliate atau penggelupasan kulit. Ia dinyatakan bahawa perlaksanaan exfoliate pada kulit yang sudah kering dilihat akan menyebabkan lebih banyak kekeringan dan kerengsaan. Namun, pakar mengatakan yang sebaliknya. Ini kerana, pengelupasan kulit kering adalah penting untuk memastikan kulit baharu akan lebih terhidrat dan sihat kerana kepingan kulit mati perlu dibuang dan dihilangkan.
Apa Itu Exfoliate?
Secara umumnya, exfoliate adalah penyingkiran lapisan paling luar kulit, yang terdiri daripada sel kulit mati. Melalui langkah exfoliate, ia akan meningkatkan kadar proses penjanaan semula kulit untuk memperbaiki tona dan tekstur, menyingkirkan sel kulit mati di samping ia boleh membantu memperbaiki beberapa masalah kulit termasuk:
- liang tersumbat
- hiperpigmentasi
- garis halus
- kedutan
Dan dengan perlaksanaan exfoliate yang kerap juga, ia boleh membantu produk penjagaan kulit seperti serum dan pelembap untuk menembusi kulit dengan lebih baik.

Kenapa Melakukan Exfoliate Kulit?
Tanpa perlaksaan exfoliate yang betul, ia tidak hanya menghalang pelembap daripada memperbaiki kulit kering tetapi juga menjadikan beberapa fungsi yang melembap kulit menjadi terhalang.
Oleh itu, untuk melakukan exfoliate, anda perlu mengikuti kaedah dan langkah yang telah dicadangkan oleh pakar terlatih. Ini berikutan untuk mengelakkan kulit daripada rosak akibat penggelupasan.
Di bawah adalah cara dan langkah exfoliate yang dicadangkan:
- Pertimbangkan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit anda. Sebagai contoh, pencuci atau produk yang sedia digunakan. Ini kerana bagi mengelakkan kulit menjadi lebih sensitif jika digunakan sewaktu exfoliate.
- Elakkan bahan-bahan ini di dalam produk yang anda gunakan, retinol dan benzoyl peroksida.
- Pilih kaedah pengelupasan yang sesuai dengan jenis kulit anda. Mereka yang mempunyai kulit kering, sensitif atau berjerawat mungkin lebih suka hanya kain lap dan pengelupasan kimia yang lembut, kerana pengelupasan mekanikal mungkin terlalu merengsakan jenis kulit ini.
- Sementara individu yang mempunyai kulit yang berminyak pula, elakkan menggunakan bahan kimia atau mekanikal yang kuat.
- Mulakan dengan urutan yang lembut secara pusingan (circular) selama 30 saat.
- Setelah selesai, basuh atau bilas kulit dengan air suam.
- Jangan sekali-kali melakukan exfoliate jika anda mempunyai luka terbuka atau jika kulit anda mengalami kesan terbakar akibat matahari.
- Gunakan pelembap. Pengelupasan boleh mengeringkan kulit. Sapukan pelembap serta-merta selepas mengelupas untuk memastikan kulit anda sihat dan terhidrat.
Sumber: AAD