Hafiz Suhaimi Diterbitkan 15 February 2023

Ada Apa Dengan Hari Ini ? – Kotlin Pertama Kali Dilancarkan

Pada Julai 2011, sebuah syarikat pembangunan perisian JetBrains melancarkan Project Kotlin, iaitu bahasa pengaturcaraan baharu untuk JVM (Java Virtual Machine). Nama ini diambil sempena Pulau Kotlin. Kotlin telah dilancarkan secara rasmi pada 15 Febuari 2016. Ini dianggap sebagai keluaran pertama yang stabil secara rasmi. Sejak pertama kali ia dilancarkan, Kotlin telah menjadi bahasa pengaturcaraan yang semakin popular di kalangan pembangun perisian.

Seiring dengan peningkatan popularitinya, Kotlin berkembang di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Penggunaan bahasa pengaturcaraan ini digunakan untuk membina aplikasi. Kotlin banyak menawarkan ciri-ciri yang memudahkan para pembangun perisian, seperti kemampuan mengurangkan jumlah kod yang diperlukan untuk menyelesaikan suatu tugasan dan mempunyai banyak fungsi baru.

Salah satu kelebihan Kotlin yang paling dihargai oleh para pembangun perisian adalah Kotlin boleh digunakan di platform Android. Android telah menjadi salah satu operasi sistem yang popular di dunia. Dengan Kotlin, para pembangun perisian dapat membangunkan aplikasi dengan lebih mudah dan efisien.

Kesimpulannya, Kotlin telah menjadi bahasa pengaturcaraan yang semakin popular di Malaysia. Banyak pengaturcara di negara ini berpendapat bahawa Kotlin memudahkan dalam pembangunan aplikasi dengan lebih efisien dan memberi manfaat yang banyak.