Telekung Siti Khadijah Kini Boleh Dibeli Secara BNPL Menggunakan Aplikasi MOBY

February 17, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Tahukah anda, kini anda boleh melakukan pembayaran secara Bayar Nanti, Pakai Lekas‘ untuk pembelian barangan produk dari jenama Siti Khadijah menerusi aplikasi MOBY?

Ya benar, MOBY dan Siti Khadijah kini telah berkerjasama dalam menawarkan pekhidmatan pembayaran secara nirtunai sama ada bayar secara terus (PayNow) atau ansuran selama 3 bulan dan juga 6 bulan di kesemua cawangan Siti Khadijah di seluruh negara.

Menurut MOBY, setiap orang yang menggunakan Moby Islamic, mereka akan melalui semakan untuk menentukan jumlah had kredit yang anda akan dapat selain tidak mengenakan sebarang faedah tambahan. Tahap amaun yang ditawarkan akan ditentukan menerusi kelayakan kredit anda yang boleh meningkat sehingga RM10,000.00.

Sekiranya anda ingin melakukan pembelian telekung Siti Khadijah menggunakan MOBY, jangan ketinggalan untuk memuat turun versi aplikasi MOBY yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store dan Google Play Store.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd