Hoarder ialah sejenis penyakit atau gangguan mental di mana seseorang mempunyai kecenderungan untuk mengumpul dan menyimpan barang-barang dalam jumlah yang banyak di dalam rumah atau tempat tinggal mereka. Kebanyakan orang yang mengalami hoarder tidak dapat dapat membuang barang-barang yang sudah tidak diperlukan lagi dengan alasan barang-barang tersebut masih elok dan terlalu sayang untuk dibuang.
Gangguan hoarder dapat menyebabkan pelbagai masalah, termasuklah masalah kesihatan mental dan fizikal, serta menimbulkan ketidakselesaan di rumah. Berikut adalah beberapa cara untuk mencegah terjadinya hoarding:
1. Membersihkan Rumah Secara Berkala
Cara ini penting untuk anda membiasakan diri membersihkan rumah secara teratur untuk anda mencegah diri daripada menyimpan barang yang tidak diperlukan lagi. Buat jadual membersihkan rumah dan luangkan masa untuk menyusun dan mengatur barang-barang yang ada di rumah.
Membuat jadual rutin untuk membersihkan rumah secara berkala adalah cara penting dalam mengatasi hoarder. Jangan biasakan diri menyimpan barang-barang yang tidak diperlukan dalam waktu yang lama. Selalu bersihkan dan buang barang-barang yang tidak diperlukan secara berkala.
2. Buang Barang Yang Tidak Diperlukan
Jangan risau untuk buang barang-barang yang sudah rosak dan tidak diperlukan lagi. Buat keputusan untuk membuat barang tersebut dan jangan biarkan rasa takut dan risau mempengaruhi keputusan kita.
3. Hadkan Pembelian Barang
Untuk mencegah hoarder, penting untuk anda mengehadkan pembelian barang. Elakkan membeli barang-barang yang tidak diperlukan dan hadkan membeli barangan baharu kepada keperluan yang benar-benar penting.
Fikirkan dengan cermat sebelum anda membeli sesuatu barang dan pertimbangkan adakah anda memerlukan barang tersebut. Sentiasa mengingatkan diri anda untuk tidak menimbun atau menyimpan barang yang anda tidak perlukan lagi.
4. Mencari Bantuan Profesional
Bantuan profesional dari bantuan dari psikologi atau kaunselor dapat membantu mengatasi gangguan hoarder. Individu yang mengalami hoarder sering mengalamai rasa cemas dan takut untuk membuang barang-barang yang tidak diperlukan lagi. Mereka dapat membantu individu yang mengalami hoarder untuk mengatasi kerisauan dan ketakutan untuk membuang barang-barang yang tidak diperlukan dan memperkenalkan teknik-teknik untuk membersihkan rumah.
5. Utamakan barang yang penting
Selalu mengutamakan barang-barang yang penting dan diperlukan dalam kehidupan seharian. Buang barang-barang yang tidak diperlukan lagi atau barang yang sudah rosak. Utamakan barang-barang yang diperlukan sahaja untuk menjaga kebersihan rumah.
Selain itu, sediakan tempat khusus untuk barang tertentu seperti buku, pakaian dan alat dapur. Dengan menyediakan tempat khusus untuk barang, rumah kita akan jadi lebih teratur dan bersih.
Gangguan hoarder dapat menyebabkan pelbagai masalah, termasuk masalah kesihatan mental dan fizikal, serta menimbulkan ketidakselesaan di dalam rumah. Namun, gangguan ini dapat diatasi dengan bantuan profesional dari segi psikologi atau kaunselor, membuat jadual membersihkan rumah, mengutamakan barang-barang yang penting, dan mengehadkan pembelian barang baru. Semua langkah ini dapat membantu individu untuk mengatasi hoarder dan menjaga rumah supaya kekal bersih dan teratur.