Jenama pakaian sukan Nike dan jenama barang kemas mewah Tiffany & Co. mengumumkan akan berkerjasama dalam menawarkan beberapa produk, termasuk sepasang kasut dan aksesori kasut perak yang berharga ratusan dolar pada 7 Mac kelak.
Namun, produk yang menjadi tarikan utama kerjasama Nike x Tiffany ialah sepasang kasut Nike Air Force 1 Low serba hitam, dipanggil “1837s,” yang menampilkan logo swoosh ikonik Nike yang dibuat dalam warna biru Tiffany, dan perhiasan perak sterling.
Selain daripada kasut juga, di media sosial, Tiffany & Co. juga menyiarkan gambar acah beberapa produk lain termasuk berus dan tali kasut edisi terhad, serta wisel yang dijangkakan akan ditawarkan pada harga sekitar antara $250 hingga $475.
Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai penawaran koleksi ini untuk pasaran tempatan. Sekiranya anda tidak ingin terlepas mendapatkan berita ini secara eksklusif, jangan ketinggalan untuk mendaftar di laman khas Nike X Tiffany bermula hari ini.