7UP Menampilkan Rekaan Serba Baharu Pada Tin Dan Botol Minuman

February 17, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

7UP secara rasmi mengumumkan kini mereka telah hadir dengan muka baharu untuk rekaan logo yang digunakan pada tin dan botol minuman yang ditawarkan di pasaran.

7UP unveils new brand identity

Sejak diperkenalkan pada tahun 1943, jenama ini nampaknya telah menampilkan sekitar sembilan logo untuk minuman mereka. Dan untuk logi yang terbaru, ia menampilkan rekaan yang lebih ringkas yang mana perkataan ‘UP’ telah dimasukkan di dalam bentuk bulat berwarna merah.

7UP unveils new brand identity

Untuk tin minuman 7UP juga, terdapat dua pilihan warna yang berlainan yang mana jenama ini menggunakan dua tona hijau yang lebih minimalis dan tampak terang berbanding warna hijau terdahulu. Melengkapkan tin tersebut adalah kontras warna yang ditampilkan pada nombor 7 yang kini kelihatan lebih versatile dan moden.

Menurut 7UP, penawaran serba baharu pada rekaan kali ini adalah untuk meraikan perasaan UPliftment yang akan membawa pengalaman unik kepada orang ramai.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd