Buat para peminat muzik Indonesia, ini adalah berita gembira untuk anda semua. Buat pertama kalinya Romantic Echoes, Bilal Indrajaya dan Rumah Sakit akan membuat persembahan “Melankoliar Di Kota” di Zepp Kuala Lumpur, pada hari Sabtu 11 Mac 2023.
Berdasarkan perkongsian oleh MYdeteksi dan TapauAsia di Instagram pada petang Khamis (16 Febuari), kumpulan rock indie tempatan, Fugo, juga akan turut serta melakukan persembahan pada malam tersebut.
Tiket dijual pada harga bermula , RM160 (CAT 1), RM130 (CAT 2), RM180 (CAT 3), RM150 (CAT 4) dan RM300 (VIP BOX). Pembelian tiket VIP BOX termasuk 1x tiket “Melankoliar Di Kota” dan “Meet & Greet” para penyanyi. Tiket sudah tersedia dan boleh didapatkan di TapauAsia.

Menjelang penampilan dan persembahan pertamanya di Malaysia, Bilal berkongsi kegembiraannya dengan para peminat menerusi ciapan di Instagram, “Allah maha baik. Gue ngetik Caption ini sambil geter dikit, ga pernah kepikiran bahkan buat punya mimpi manggung di luar negeri. Tau-tau ada aja jalannya. Bismillah, semoga semua lancar :”). Malaysia, kita jumpa di bulan Maret ya?”
Pada September tahun lalu, Bilal telah berkolaborasi bersama Joride Yose, penyanyi dan penulis lagu yang berpangkalan di Jakarta, mengeluarkan single inggeris ‘LUKEWARM‘, yang muncul sebulan selepas penyanyi itu berkongsi lagu terbarunya dan keluaran solo pertamaya pada 2022 yang berjudul ‘Saujana‘. Pada bulan Mac tahun lalu, Bilal turut muncul di muka depan trio rock Indonesia, FLEUR! bagi lagu asal Ismail Marzuki, ‘Juwita Malam‘.
Di sisi yang lain, Romantic Echoes melancarkan album kedua beliau yang berjudul ‘Paradisa’ pada awal November tahun lalu, yang mengandungi 13 lagu secara keseluruhan, termasuk single ‘Amerta‘, ‘Misteri‘, ‘Fly Me To The Sun‘ dan ‘Aku‘ yang menampilkan Ari Lesmana dari Fourtwnty.
Sementara itu, veteran Britpop Indonesia, iaitu Rumah Sakit, melancarkan single terbaru mereka yang berjudul ‘2021‘ pada Ogos 2021, diikuti dengan single ‘Panasea‘ pada 2019 dan album keempat mereka pada 2015 yang berjudul ‘TImeless’. Ditubuhkan ada 1994, kumpulan muzik seramai 5 orang ini, aktif melakukan jelajah dengan kumpulan yang terkenal seperti Naif, White Shoes and The Couples Company, Goodnight Electric, The Adams dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dan sama-sama memeriahkan konsert Melankoliar Di Kota. Jumpa anda di sana!