Secret Recipe Hadir Dengan 2 Kek Baharu Bagi Koleksi Platinum – Berharga RM78 Untuk Pilihan Bawa Pulang

February 21, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Secret Recipe kini memperkenalkan dua kek baharu dalam bagi Koleksi Platinumnya. Menampilkan saiz yang lebih kecil, Koleksi Platinum menawarkan kek dengan perisa yang lebih sinonim dengan masyarakat tempatan selain dihadirkan khusus dengan rasa yang lebih fusion. Dua perisa baharu yang dimaksudkan adalah Red Velvet dan Ubi Keledek (Sweet Potato).

Menurut Secret Recipe, selepas menjadi pilihan ruji dalam Koleksi Signature, perisa Red Velvet dalam Koleksi Platinum ditawarkan dengan rasa yang sedikit berbeza. Ia menawarkan 500 gram rasa lazat cheesy, dengan tambahan rasa aprikot yang menyegarkan.

Sementara itu, untuk kek Ubi Keledek pula, ia adalah ciptaan kali pertama oleh Secret Recipe. Dengan berat kek sekitar 680 gram, kek ini menampilkan rasa ubi keledek yang berkrim lagi gebu, selain turut dilengkapi dengan krim keju, kelapa dan coklat putih couverture ke dalam adunan untuk hidangan yang memikat untuk selera.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Kek Red Velvet dan Ubi Keledek ini, ia telahpun tersedia di semua rangkaian kedai Secret Recipe di seluruh Semenanjung Malaysia yang mana kedua-dua kek itu ditawarkan pada harga RM78 (bawa pulang) dan RM85.35 (makan di kedai).

Untuk pengetahuan anda juga, baru-baru ini, Secret Recipe kini meraikan pembukaan cawangannya yang ke-350 di 1 Utama. Dan bergerak ke hadapan, mereka dilihat hadir dengan perancangan untuk meningkatkan jumlah ini kepada lebih 400 menjelang akhir 2025.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd