Jenama barangan kemas tempatan, HABIB dilihat telah melebarkan sayap perniagaannya dengan
menerbangkan jenama mewah KORLOFF, dari Paris ke Malaysia.

Bagi yang tidak mengetahui, KORLOFF atau turut dikenali sebagai La Maison Korloff sering dikenali dengan penawaran berlian 88-karat yang menampilkan potongan serba kemas yang dihasilkan daripada sebutir berlian hitam misteri seberat 200-karat.

Selain itu, KORLOFF juga turut menawarkan barangan perhiasan lain seperti jam tangan lelaki dan wanita, wangian mewah serta aksesori fesyen seperti pen dan cufflinks turut ditawarkan bagi memenuhi gaya masyarakat moden hari ini yang mana ia kini boleh didapatkan secara eksklusif di HABIB KLCC.

Menerusi kerjasama strategik antara HABIB dan Korloff ini juga, antara koleksi barangan kemas eksklusif yang dipamerkan termasulah koleksi Divine Nature dan Poetic Garden. Sementara koleksi-koleksi lain pula adalah Eclat, Saint Petersbourg, Korlove, Let Me Out, Jolie Poupee, Volte Face dan Envolee Poetique juga boleh didapati di bilik pameran HABIB.

Untuk koleksi jam tangan, antara model yang ditampilkan termasuklah Opera, K88, Jardin Des Tuileries, Luna, Versailles dan So French. Sementara koleksi wangian pula, HABIB X KORLOFF membawakan wangian dengan aroma yang mempesonakan seperti Rose Oud, Iris Dore, Ecore D’Argent daripada koleksi wangian Mémoire dan koleksi wangian K88 iaitu Korloff In White, Miss Korloff dan Royal Oud.