Hafiz Suhaimi Diterbitkan 22 February 2023

Kesan Fenomena Phantom Traffic Terhadap Kesesakan Lalu Lintas

Anda pasti pernah mengalami kesesakan lalulintas ketika memandu pada waktu sibuk, terutama semasa jam puncak. Kesenangan dan kelancaran perjalanan yang diharapkan terbantut akibat kesesakan lalu lintas yang berterusan. Namun, tahukah anda bahawa fenomena yang dikenali “Phantom Traffic” boleh menyebabkan kesesakan lalulintas yang lebih teruk?

Apa itu Phantom Traffic ?

Phantom Traffic adalah fenomena yang berlaku apabila suatu kumpulan kenderaan bergerak pada kelajuan tertentu, kemudian berhenti secara mendadak tanpa sebab yang jelas. Ini kemudian menyebabkan kenderaan di belakangnya turut berhenti dan secara tidak langsung melambatkan kelajuan lalulintas secara keseluruhan.

Fenomena ini boleh berlaku tanpa sebab yang jelas seperti kemalangan, rintagan di jalan raya atau halangan laluan. Ini bermakna kesesakan lalulintas yang kita alami sebenarnya disesbabkan oleh fenomena yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.

Penyebab Phantom Traffic

Phantom traffic biasanya disebabkan oleh kenderaan depan memperlahankan kelajuannya. Contohnya, apabila seorang pemandu memperlahankan kelajuan kerana jarak yang terlalu dekat di antara kenderaan, kenderaan di belakangnya juga akan membuat perkara yang sama. Fenomena ini akan jadi bertambah teruk apabila banyak kenderaan di jalan raya.

Fenomena Phantom Traffic telah diselidik oleh ramai penyelidik dan pakar. Seorang penyelidik dari University of California, Berkeley, telah melakukan satu ujian berkaitan phantom traffic. Mereka telah menggunakan simulasi komputer untuk mengkaji kesan “Ripple Effect” yang dihasilkan oleh pengangkutan yang melambat atau berhenti dengan tiba-tiba. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa satu kenderaan yang berhenti secara tiba-tiba boleh menyebabkan kesan gelombang di belakangnya yang dapat membawa kesan buruk kepada pengguna jalan raya.

Selain itu, kajian yang dilakukan di Tokyo, Jepun, di mana pakar memasang kamera di atas jalan raya untuk mengkaji kelajuan dan jarak antara kenderaan. Kajian ini menunjukkan bahawa kesesakan lalulintas yang terjadi boleh disebabkan oleh sebuah kenderaan yang membreak dengan mendadak tanpa sebab yang jelas.

Penyelesaian untuk Phantom Traffic

Satu penyelesaian untuk mengurankan kesan Phantom Traffice ialah dengan mempertingkatkan jarak di antara kenderaan. Kadar kelewatan dapat berkurangan jika pemandu mengekalakn jarak yang selama antara kenderaan di hadapan. Ini juga dapat mengurangkan kebarangkalian kemalangan dan kecederaan yang disebabkan oleh brek mengejut.