Untuk Mac ini, Coolblog melancarkan siri magika atau Magical Unicool baharu yang menampilkan tiga perisa unik iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle.
Berdasarkan perkongsian, ketiga-tiga minuman ini diinspirasikan daripada Unicorn yang mana Coolblog ingin membawakan minuman berasaskan rona pelangi selain turut diserlahkan dengan tambahan marshmallow bersaiz mini yang gebu dan berwarna-warni.
Tambah Coolblog lagi, siri Magical Unicool juga dilambangkan sebagai elemen fantasi dan kisah dongeng, selari dengan objektif dan konsep kempen untuk menghasilkan siri minuman yang akan menceriakan hari-hari pelanggan Coolblog.

Bagi minuman Coolblog Unicool Magical, ia hadir dengan kombinasi perisa strawberi dan Blue Coral yang mencetuskan rasa manis dan lazat.
Manakala Unicool Dazzle hadir dengan perisa keladi dicampur dengan Blue Coral dan Unicool Twinkle pula merupakan gabungan perisa keladi bersama strawberi. Ketiga-tiga smoothie ini dilengkapi dengan keenakan gabungan brown sugar pearls, rainbow jelly dan marshmallow Fluffy Cloud Bits mini pada harga RM10.90.