Selari dengan perancangan IKEA untuk memperluaskan capaian produk mereka, jenama ini dilihat akan melancarkan pusat pengambilan baharu di bandar bersejarah Melaka bagi mereka yang ingin melakukan pembelian secara atas-talian.
Pusat pengambilan itu terletak di Jalan Melaka Raya di tengah-tengah bandar Melaka, dan bertujuan menghasilkan pengalaman beli-belah yang lebih lancar dan mudah buat pelanggannya. Pembeli di Melaka kini boleh mengambil pesanan atas-talian mereka di pusat pengambilan, pada masa dan tarikh pilihan mereka.

Selain itu, mereka boleh menikmati caj yang lebih rendah berbanding RM163 yang perlu dibayar untuk penghantaran ke rumah.
Butiran Pusat Pengambilan:
- Alamat: No 18, Jalan Melaka Raya 18, 75000 Melaka, Malaysia.
- Caj: RM98/pengambilan
Beli secara atas-talian sekarang dan ambil barangan anda di pusat pengambilan IKEA di Melaka. Untuk maklumat lanjut, layari IKEA.my/delivery.