Kuala Lumpur, Pulau Pinang & Melaka Adalah Destinasi Domestik Popular Dalam Kalangan Keluarga

February 28, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Berdasarkan perkongsian Agoda, mereka telah mengenalpasti destinasi domestik yang menjadi pilihan untuk percutian keluarga Malaysia iaitu:

  • Kuala Lumpur
  • Pulau Pinang
  • Melaka
  • Cameron Highlands
  • Genting Highlands

Kelima-lima destinasi ini menjadi pilihan keluarga disebabkan ia hadir dengan kemudahan yang luas dari segi pilihan penginapan dan pengangkutan, tawaran makanan dan minuman yang bersifat majmuk dan juga menampilkan pusat tarikan yang menarik dan unik.

Di samping itu, Agoda turut menyatakan bahawa tabiat rakyat Malaysia yang menggemari aktiviti santai bersama keluarga dengan cara bercuti. Melaluinya, ia memberikan peluang untuk mengukuhkan ikatan sesama ahli keluarga sambil menikmati makanan, pemandangan dan aktiviti baharu.

Menurut Agoda lagi, mereka kini dalam proses untuk melancarkan pengalaman tempahan di mana penempahan penginapan, penerbangan dan aktiviti boleh dilengkapkan dengan hanya satu klik sahaja. Dengan ini, pengguna dengan mudah dapat melakukan tapisan dalam carian mereka ketika mencari tempat penginapan yang ideal seperti kemudahan dapur atau ruang tamu tambahan yang dapat menampung kumpulan keluarga, serta hotel yang menawarkan bilik bersambung yang mesra keluarga.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd