Menggabungkan antara dua perkara penting untuk kasut iaitu keanggunan dan fungsi, Dior Warp hadir dengan sepasang kasut dengan reka bentuk ultra-futuristik.

Menurut Dior, koleksi terbaru Dior Warp ini merupakan sebuah gaya baru yang direka oleh Thibo Denis yang meneroka akan unsur-unsur keperluan sebuah alam di dalam kaca mata fesyen. Dengan menggunakan reka bentuk cannage Dior yang diilhamkan oleh kerusi tebu dan arkib Atelier dari Christian Dior, kasut ini hadir dengan 4 pilihan warna iaitu hitam, putih, kelabu dan khaki yang disesuaikan untuk kegunaan sewaktu berkebun.

Kasut ini juga menampilkan fungsi seperti exoskeleton dengan struktur terbuka. Hasilnya, ia memberikan jisim kasut yang lebih ringan tetapi selesa dengan hadirnya kusyen dan juga insole yang tebal.

Melengkapkan rekaan kasut Dior Warp ini adalah logo ikonik ‘Dior’ yang disematkan pada bahagian belakang dan dalam kasut. Di Malaysia, kasut ini ditawarkan pada harga RM5,200 sepasang yang mana ada boleh mula mendapatkannya sama ada di butik Dior atau laman rasmi Dior bermula hari ini.