Carian
Panasonic Malaysia Memperkenalkan Pusat Solusi Home2Com di Bangsar South
March 3, 2023 Lina Rosli

Di pasaran pastinya nama Panasonic sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat dek kerana variasi produk yang ditawarkan untuk kemudahan harian. Jenama ini boleh dikatakan bersaing hebat dengan kebanyakan jenama produk elektrik dan elektronik yang lain yang merangkumi:

  • Kesejahteraan dalaman bermula di dapur dengan pemakanan yang sihat menerusi penyelesaian memasak yang diperibadikan dan inklusif untuk pelbagai keperluan pemakanan dan gaya hidup.  Kategori produk termasuk peti sejuk, peralatan dapur kecil dan penapis air.
  • Kesejahteraan luaran pula adalah dengan meletakkan kebersihan fizikal, kebersihan diri dan penjagaan badan sebagai keutamaan. Kategori produk termasuk mesin basuh, pancuran mandian kediaman, penjagaan mulut, penjagaan lelaki, penjagaan rambut, saterika dan bidet.
  • Kesejahteraan ruang adalah berpaksikan persekitaran hidup yang selesa, bersih serta selamat.  Kategori produk termasuk televisyen, set audio (fon telinga dan fon kepala), kipas siling, pendingin hawa, pembersih udara dan pembersih hampagas.
  • Penyelesaian Perniagaan termasuk sistem pejabat pintar, projektor interaktif, penyelesaian keselamatan bersepadu dan interkom video serta persidangan pintar

Berikutan pengenalan barisan hebat produk terkini pengguna pada bulan lalu, Panasonic Malaysia kini menjemput pengguna merasai pengalaman menerusi lawatan penerokaan produk peribadi di Pusat Solusi Home2Com di The Vertical, Bangsar South.

Di Home2Com, pelanggan bukan sekadar hanya menerokai rangkaian produk terkini jenama itu, malah berpeluang melihat, menyentuh dan mencuba sendiri produk berkenaan. 

Bagi yang tidak mengetahui, Home2Com yang mula dibuka pada 2017, telah mendapat sambutan orang ramai selepas menjadi pusat pengalaman sehenti pertama seumpamanya yang menawarkan persekitaran dan pemahaman lebih tepat membabitkan produk Panasonic.

Namanya juga menggunakan perkataan “Home”, “(To)wn” dan “Commercial”, selaras dengan fungsinya sebagai pusat pameran produk pengguna dan komersial. 

Menurut Panasonic, pusat pengalaman sehenti mereka ini menawarkan dua aspek penting ini kepada pelanggan iaitu memberikan pelanggan masa dan ruang untuk meneroka serta merasai pengalaman berkaitan produk secara langsung dan seterusnya menawarkan jaminan dalam memuktamadkan keputusan pembelian tepat yang dapat memenuhi keperluan dan gaya hidup mereka.

Selain memfokuskan kepada penawaran kelengkapan rumah, Home2Com juga menampilkan suite Penyelesaian Perniagaan yang dibina untuk tujuan komersial dan perbandaran. Bagi yang berminat untuk mengunjungi Pusat Solusi Home2Com, ia dibuka kepada orang ramai dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Komen