Bermula 4 hingga 5 Mac 2023, jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Pesta Kopi Kuala Lumpur yang akan diadakan di Lanai MaTiC, Jalan Ampang berdekatan dengan bangunan Berjaya Central Park.
Ia merupakan acara anjuran oleh TF Studio dengan kerjasama lebih 50 vendor kopi tempatan. Tidak hanya tertumpu kepada jualan dan penyediaan kopi, anda juga boleh menikmati suasana bandar metropolitan Kuala Lumpur yang indah dan menyeronokkan bersama rakan dan seisi keluarga.

Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Pesta Kopi Kuala Lumpur ini, terdapat beberapa pilihan pengangkutan ditawarkan sama ada anda datang dengan menaiki kereta atau motorsikal dan juga menaiki pengangkutan awam.
Sekiranya anda datang menggunakan pengangkutan awam, anda boleh turun sama ada di Monorel Bukit Nanas, atau LRT Dang Wangi dan LRT KLCC.
Menarik bukan? Pastikan anda tidak ketinggalan dalam merasai pengalaman Pesta Kopi yang unik kerana menurut TF Studio, ini merupakan anjuran yang pertama untuk tahun 2023. Oleh itu, kunjungi ke Pesta Kopi Kuala Lumpur pada hujung minggu ini bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam dan tambah pengetahuan anda mengenai kopi serta ketahui cara penyediaan kopi yang sesuai mengikut jenis biji kopi yang ada di pasaran.