Bersempena pelancaran siri Samsung Galaxy S iaitu S23, S23+ dan juga S23 Ultra pada awal Februari 2023, Samsung Malaysia kini mebawakan sebuah lagi pengalaman baharu kepada umum menerusi pengenalan ruang epik serba baharu ‘Samsung Galaxy Space’ mulai 4 Mac sehingga 12 Mac 2023.

Bagi yang tidak mengetahui, untuk peranti Galaxy S23 kali ini, Samsung telah hadir dengan penambahbaikan yang menarik termasuk kehadiran cip yang lebih berkuasa iaitu Qualcomm Snapdragon Gen 2 For Galaxy. Di samping itu, dari segi penawaran kamera pula, Samsung turut menambah-baik fungsi dan mod penggambaran yang ditunggu-tunggu ramai berserta pengenalan kamera 200-Megapixel untuk Samsung Galaxy S23 Ultra.

Menurut Samsung, dengan penambahbaikan yang ditawarkan pada kesemua kamera peranti mereka, ia bukan sahaja memberikan pengalaman serba baharu untuk rakaman gambar tetapi juga menjadikan hasil rakaman gambar dan juga video yang lebih berkualiti tinggi di dalam sebarang situasi pencahayaan.

Sekiranya anda ingin berkunjung ke Samsung Galaxy Space ini, anda boleh berkunjung ke A Place Where! APW di Jalan Riong, Bangsar. Waktu kunjungan pula ada bermula jam:

  • 12 tengahari hingga 10 malam untuk hari Jumaat hingga Ahad
  • 2 petang hingga 10 malam untuk hari Isnin hingga Khamis

Manakala untuk aktiviti yang ditawarkan pula termasuklah persembahan buskers, pertandingan tarian K-Pop dan banyak lagi. Anda juga boleh membeli-belah di Pingmin Market yang menampilkan jualan makanan dan minuman yang variasi serta banyak lagi yang lain.

Sewaktu di Samsung Galaxy Space ini juga, jangan ketinggalan untuk memperibadikan peranti Samsung Galaxy S23 anda untuk tampil lebih unik dan versatile.