Carian
Sempena Hari Wanita Sedunia, Ninja Van Berkongsi Tentang Peranan Wanita Dalam Industri Logistik
March 8, 2023 Lina Rosli

Untuk pengetahuan anda, tarikh 8 Mac merupakan hari penting yang meraikan semua wanita di seluruh dunia. Selari dengan itu, pada Hari Wanita Antarabangsa 2023, Ninja Van Malaysia menyerlahkan peranan kritikal wanita dalam industri logistik.

Walaupun industri tersebut didominasi oleh lelaki secara sejarah, wanita telah memainkan peranan yang semakin penting dalam membentuk dan memajukan bidang logistik. Jika dilihat dalam dunia masa kini, wanita telah mengatasi pelbagai halangan dan mengambil peranan kepimpinan dalam syarikat logistik seperti menyelaraskan penghantaran dan menguruskan gudang, rantaian bekalan langsung, pengurusan pelanggan, jaminan kualiti dan penghantaran terakhir.

Beranjak ke tahun 2023, golongan wanita telah membentuk lebih daripada 28% tenaga kerja di Ninja Van Malaysia yang mana ia memperlihatkan peningkatan 13% daripada tahun sebelumnya.

Dan dalam tempoh 12 bulan pengoperasian, syarikat itu telah memberi perkhidmatan kepada lebih 15 juta penerima bungkusan dan komited untuk terus mengguna pakai teknologi terkini untuk menampung pertumbuhan struktur edagang, yang telah mendorong industri dan Ninja Van Malaysia untuk mengutamakan pengambilan berasaskan kemahiran, strategi, tanpa mengira jantina.

Di dalam ekosistem Ninja Van sendiri, Ketua Pemulihan di Ninja Van Malaysia, Norasfawilah Abdullah menyatakan yang mana kesan daripada kebangkitan edagang telah menjadikan industri logistik lebih berdaya saing.

Dan itu sedikit sebanyak telah membuka peluang kepada ramai individu lebih-lebih lagi wanita dalam melibatkan diri di dalam industri logistik. Ia termasuklah meningkatkan kecemerlangan operasi syarikat, memastikan pengekalan pelanggan dan kesetiaan jenama yang lebih tinggi.

Bukan sekadar itu, Ninja Van Malaysia juga turut mengetengahkan kesamarataan jantina dalam bidang pengurusan perniagaan dengan memberikan peluang untuk wanita dan lelaki memimpin sesuatu kumpulan sama ada kecil atau besar tanpa berkompromi tentang jantina.

Jadi, pada Hari Wanita Antarabangsa ini, Ninja Van Malaysia menggalakkan lebih ramai wanita meneroka kerjaya dalam bidang logistik.

Komen