Apakah Kelebihan Kepada Kesihatan Jika Individu Mengamalkan 10,000 Langkah Setiap Hari?

March 9, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Sebelum ini, terdapat satu kajian yang dilakukan oleh JAMA Neurology berkenaan dengan amalan berjalan 10,000 langkah setiap hari. Ia menyatakan bahawa amalan ini memberikan impak yang baik kepada kesihatan diri kerana ia berupaya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, kegagalan pengepaman jantung, strok, kanser dan juga demensia.

Walau bagaimanapun, dalam satu kajian lain yang dilaporkan mereka juga mendapati bahawa individu tidak perlu melakukan langkah sebanyak itu untuk mendapatkan manfaat kesihatan.

Sebagai contoh, pakar mencadangkan yang mana berjalan sebanyak 9,800 langkah mengurangkan risiko demensia sebanyak 50 peratus, tetapi jika melakukan hanya 3,800 sehari sekurang-kurangnya akan mengurangkan risiko demensia sebanyak 25 peratus.

Dan antara kelebihan lain sekiranya individu berjalan pada kadar yang tidak terlalu pelahan secara konsisten boleh meningkatkan kesejahteraan hidup seperti:

  • Mengekalkan berat badan yang sihat dan mengurangkan lemak badan
  • Meningkatkan kecergasan kardiovaskular
  • Menguatkan kekuatan tulang dan otot
  • Meningkatkan daya tahan otot
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan suasana hati, kognisi, ingatan dan kualiti tidur
  • Tingkatkan keseimbangan dan koordinasi tubuh badan
  • Menguatkan sistem imun
  • Mengurangkan tekanan dan ketegangan pada otot

Tahukah Anda Berapa Jauh Sebenarnya Individu Boleh Berjalan? 

Jawapannya, individu normal biasanya boleh berjalan sekitar 6 hingga 16km untuk satu-satu masa. Sementara untuk aktiviti berjalan tanpa rehat boleh dilakukan sekitar jarak 8km yang mana turut bergantung kepada air di dalam badan.

Untuk pengetahuan anda, tubuh badan anda tidak dapat bertahan jauh tanpa air. Kekeringan atau dehidrasi secara berterusan boleh menyebabkan kesukaran berjalan, kekeliruan, degupan jantung yang pantas selain boleh mendorong kepada pengsan dan koma.

Sebaiknya, untuk setiap 3km anda berjalan, pastikan anda mendapatkan air yang mencukupi agar tidak memberikan kesan buruk kepada kesihatan sehingga anda tidak dapat berjalan lama.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd