Pameran Koleksi UT2023 UNIQLO Diadakan Pada 15 Hingga 19 Mac Di Sunway Pyramid

March 13, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Jenama fesyen UNIQLO kini hadir dengan pameran UT2023 yang menampilkan koleksi UT terbaharu yang merangkumi koleksi Mickey Stand Collection, Attack On Titan Collection, Shin Japan Heroes Universe Collection dan Splatoon Collection.

Ia merupakan pameran seni grafik yang memperlihatkan keluaran terbaru UNIQLO yang menampilkan pelbagai rekaan dan juga ilustrasi yang diinspirasikan dari kandungan Disney, manga, anime dan permainan.

Selain pameran, anda juga dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti dan permainan yang disediakan selain berpeluang memenangi UT percuma dan hadiah lain. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pertandingan merwarna dan juga teka silang kata.

Bagi anda yang berminat untuk mengunjungi ke pameran ini, jangan ketinggalan untuk singgah ke Orange Concourse, Sunway Pyramid pada 15 hingga 19 Mac 2023 ini dan dapatkan kesemua koleksi istimewa kegemaran anda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd