Seiko kini memperkenalkan jam tangan baharu iaitu Seiko Prospex 1970 Naomi Uemura Edisi Terhad SLA069. Ia hadir dengan rekaan yang memfokuskan binaan asimetri yang dicipta untuk melindungi butang mahkota pada kedudukan dial jam pukul empat.

Dengan binaannya yang kukuh, kalis air 150 meter dan muka indeks yang bercahaya, ia sesuai untuk mereka yang memerlukan jam tangan dengan kekuatan dan kebolehbacaan yang luar biasa.

Untuk pengetahuan anda, Seiko telahpun melakukan intepretasi baharu pada koleksi ini. Ia membawakan rekaan jam tangan ini yang menggabungkan keperluan dan kepercayaan pengembara Jepun Naomi Uemura sewaktu jelajahnya di rantau Artik pada tahun 1974 hingga 1976

Bagi yang tidak mengenali beliau, Naomi Uemura merupakan seorang pengembara dan pendaki gunung. Pada usia 29 tahun, beliau telah mendaki Mont Blanc, Mt. Kilimanjaro, dan Mt. Aconcagua, dan, pada tahun 1970, dia menjadi pendaki gunung Jepun pertama yang mencapai puncak Gunung Everest.

Dan tiga bulan kemudian, dia berjaya menakluki puncak Denali Alaska (ketika itu dikenali sebagai Mt. McKinley) dan dengan itu menjadi pendaki gunung pertama di dunia yang mencapai puncak kesemua lima puncak ini.

Oleh itu, untuk edisi yang dicipta semula edisi khas Naomi Uemura, ia menampilkan jam tangan yang dihadirkan semula menggunakan tali jam besi yang unik.  Ia direka dan dihasilkan bagi menghasilkan keseimbangan reka bentuk dan fungsi yang sempurna untuk si pemakai.

Jam tangan ini menggemakan reka bentuk asal 1970 tetapi telah dimodenkan dari sudut kegunaan. Dailnya pula hadir dengan rekaan bertekstur menampilkan imej siluet dan kontur tersendiri Mont Blanc di atas latar belakang bercorak yang menggemakan permukaan berbatu dan bersalji gunung itu.

Menurut Seiko, jam tangan ini dikuasakan oleh Kaliber 8L35, dibangunkan khas untuk jam tangan penyelam dan dipasang tangan oleh tukang jam wanita paling mahir Seiko.

Sarungnya mempunyai salutan yang sangat keras untuk melindunginya daripada calar, dan kristalnya ialah nilam melengkung dengan salutan anti-pantulan pada permukaan dalam untuk memastikan kebolehbacaan yang tinggi dari setiap sudut.

Jam tangan ini juga hadir di dalam kotak khas yang memaparkan pepatah Naomi Uemura: “Apabila satu impian direalisasikan, impian lain akan menyusul.”

Bagi anda yang berminat, koleksi jam tangan Seiko Prospex Naomi Uemura boleh ditawarkan sebanyak 500 utas sahaja dan boleh mula didapati pada Mei 2023 di Butik Seiko dan peruncit terpilih di seluruh dunia.