Dettol Memperkenalkan Siri Mandian Baharu Activ-Botany – Hadir Dengan Dua Pilihan Wangian
Lina Rosli
Tidak dinafikan bahawa jenama Dettol semestinya sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan individu lebih-lebih lagi untuk para wanita yang mementingkan penjagaan diri dan kulit.
Tahukah anda bahawa baru-baru ini, Dettol telah memperkenalkan siri mandian terbaru yang memfokuskan kepada wangian botani popular menerusi siri Activ-Botany. Untuk produk kali ini, jenama ini menampilkan pilihan-pilihan wangian kegemaran ramai iaitu Lavender dan Chamomile dan juga Teh Hijau dan Bergamot.

Memfokuskan kepada bahan asas daripada tumbuh-tumbuhan, siri terbaru Dettol ini menawarkan solusi yang membantu mencegah kulit dari pada kekeringan dan juga menghalang dari janaan kuman dan bakteria.

Tambah Dettol lagi, siri Activ-Botany ini juga tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya yang mana ujian dermatologi telah dilakukan ke atas kedua-dua produk. Ia juga tidak menampilkan penggunaan paraben dan triclosan yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit individu.

Selain daripada memberikan perlindungan kuman, siri mandian terbaru daripada Dettol iaitu Dettol Activ-Botany Lavender & Chamomile dan Green Tea & Bergamot juga hadir dengan pengalaman memanjakan diri yang lengkap serta menawarkan kesegaran dan wangian yang serba baharu selepas hari yang memenatkan.