Epson hadir dengan pengenalan spektrum warna baharu iaitu dakwat jingga bagi model SurePress L-6534VW iaitu mesin cetak label UV.

Bagi yang tidak mengetahui, SurePress L-6534VW adalah mesin percetakan bagi kegunaan komersial atau di pejabat yang menghasilkan cetakan cantik serta berkualiti tinggi. Disebabkan ia merupakan mesin cetak jenis tekan dan menggunakan teknologi UV, maka, hasil cetakan yang ditampilkan mempunyai warna yang lebih terang dan tepat selain turut boleh dicetak pada kelajuan yang pantas.

SurePress L-6534VW dengan dakwat jingga ini juga menggabungkan dua teknologi moden iaitu PrecisionCoreā„¢ TFP Linehead Inkjet Epson untuk label cetakan berkualiti tinggi serta teknologi Titisan Bersaiz Boleh Ubah yang berupaya mengawal penempatan dakwat dengan tepat pada kelajuan yang sangat pantas.

Dengan ini, ia membolehkan imej resolusi tinggi sehingga 1200 x 600 dpi dipaparkan, dengan penambahan dakwat jingga yang mengandungi kepekatan zarah pigmen yang tinggi. Dan ia sekaligus menghasilkan gamut warna yang lebih luas serta menjamin pengeluaran semula cetakan tajam dengan penggredan yang lancar, walaupun untuk label teks mikro.

Menurut Epson, mesin cetak SurePress L-6534VW dengan dakwat jingga ini telah tersedia untuk dijual di Malaysia sejak Februari 2023 lalu. Layari laman rasmi Epson atau hubungi Image Junction Sdn Bhd, pengedar yang dilantik Rangkaian Epson SurePress.