Maggi Menyokong Penglibatan Para Wanita Dalam Ekonomi Digital Menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi 2023

March 13, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Sudah memasuki tahun ketiga untuk Program Wanita Cukup Berani Maggi, kali ini Maggi kembali lagi dengan dua perancangan baharu untuk memperkasa kebolehan dan menyokong para wanita untuk tampil lebih berani dalam mencuba sesuatu yang baharu dan berbeza menerusi aktiviti Bengkel Online Wanita Cukup Berani Maggi dan juga Masterclass: Food Influencer and Content Creator Maggi.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, Maggi pada tahun ini bersama-sama dengan Google, Meta dan juga TikTok dalam membantu para wanita dalam mengharungi cabaran sama ada dari segi membentuk keyakinan diri, memperluaskan kemahiran memasak selain turut menempatkan diri sama dengan individu lain di dalam era ekonomi digital ini.

Untuk Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi ini juga, para peserta yang menyertai program ini juga akan dibimbing oleh barisan mentor yang berpengalaman termasuklah Datin Seri Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan juga Anne Idris. Selain daripada itu, untuk penghasilan kandungan digital juga, para peserta akan menerima panduan, tunjuk ajar dan tips dari pakar terlatih dari Google, Meta dan juga TikTok.

Selain sokongan dari pihak Maggi dan sektor swasta negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut bersama-sama menggalakkan penglibatan lebih ramai wanita menyertai program pembangunan seperti yang dianjurkan Maggi ini. Terdapat beberapa inisiatif yang telah dirancang akan mula dijalankan selari dengan perasmian program ini iaitu:

  • Menampilkan bengkel peningkatan kemahiran dan perniagaan
  • Memperkenalkan skim digital penampilan diri
  • Memperkukuhkan penglibatan wanita dalam ekonomi digital

Tambah YB Dato’ Sri Nancy Shukri, kumpulan individu yang disasarkan melibatkan wanita terutamanya golongan B40 agar terpinggir dalam pembangunan ekonomi semasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh layari laman rasmi Program Wanita Cukup Berani Maggi bermula hari ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd