Tahukah anda, selain jem coklat, Nutella kini hadir dengan penawaran terbaru dalam bentuk biskut? Terkenal sebagai pengeluar jem roti yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia, Nutella dilihat telah memperluaskan pilihan produk di bawah mereka bagimembolehkan anda menikmatinya pada masa yang berbeza.

Sebagai contoh, sarapan pagi, anda boleh menyediakan hidangan asas iaitu dengan mengambil sekeping roti dan sapukan Nutella ke atasnya. Manakala selepas waktu makan malam, anda boleh menikmati wafer rangup Nutella B-ready sambil menonton televisyen.

NEW Nutella Biscuits is now officially available in Malaysian supermarket shelves!

Kini, sebagai pelengkap snek harian anda, Nutella memperkenalkan Nutella Biscuits yang boleh dihidangkan sebagai snek antara waktu makan kepada seisi keluarga.

Menurut Nutella, versi biskut ini terdiri daripada 55% biskut yang dibakar rangup dan 45% jem Nutella berkrim. Dan menjadikannya lebih mudah dan konvinien untuk dibawa kemana-mana lokasi, Nutella Biscuits didatangkan dalam bentuk pek individu yang memuatkan 3 keping biskut di dalam satu pek kecil.

Untuk mendapatkannya, anda boleh membelinya sama ada di pasaraya, kedai runcit dan kedai atas talian yang menawarkan Nutella Biscuits bermula hari ini!