Carian
UNIQLO X Christy Ng Hadir Dengan Koleksi UTme! Baharu Bagi Raikan Kemeriahan Raya
March 14, 2023 Lina Rosli

Diinspirasikan rekaan batik dan konsep tradisional tempatan, UNIQLO bersama-sama dengan Christy Ng telah hadir dengan koleksi UTme baharu yang menampilkan baju tshirt dan beg tote yang direka khusus untuk meraikan kemeriahan raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Kerjasama ini memperlihatkan ilustrasi yang menggabungkan ciri moden dan klasik yang direka oleh tukang reka dari Christy Ng. Untuk ilustrasi ini, ia hadir dengan lukisan yang menggambarkan suasana rumah di kampung halaman yang dikelilingi tumbuhan dan gunung-ganang yang cukup sinonim dengan citarasa tempatan.

Berdasarkan perkongsian dari UNIQLO, koleksi UTme UNIQLO X Christy Ng ini menampilkan hampir 20 reka bentuk pelekat yang cantik dan eksklusif yang mana ia akan mulai tersedia pada 17 Mac. Ia boleh didapatkan secara percuma dengan pembelian minima RM300 dalam satu resit. Namun, ianya tertakluk bagi pelanggan yang mengunjungi rangkaian UNIQLO di 1 Utama sahaja.

Untuk yang ingin memesan tshirt dan beg tote dengan cetakan UTme! UNIQLO X Christy Ng ini, ia ditawarkan pada harga RM59.90 dan RM79.90 setiap satu. Sekiranya anda membeli tshirt UTme! x Christy Ng pada 17 hingga 19 Mac, anda boleh melakukan sulaman nama sendiri pada lengan tshirt anda secara percuma di UNIQLO DA Square pada jam 12 tengahari hingga 6 petang.

Komen