Tahukah anda bahawa tidak semua pesanan yang anda lakukan di Lazada akan memerlukan anda untuk memulangkan barang bagi menuntut bayaran balik sekiranya berlaku sesuatu isu ke atas barangan tersebut?

Sebagai contoh, bagi pesanan yang melibatkan barangan yang mudah rosak seperti makanan ataupun yang mempunyai tarikh luput yang pendek, ia akan diletakkan di dalam kategori yang tidak dibenarkan untuk dipulang semula kepada pekedai setelah menerimanya.

Namun, sekiranya ia melibatkan barangan elektronik atau barang bersaiz besar pula, ianya perlu dibungkus dan dihantarkan semula kepada pekedai untuk mendapatkan bayaran balik.

Perbezaan dalam kategori barang ini amatlah penting untuk anda ketahui bagi memudahkan proses ‘Return & Refund‘ untuk sesuatu pesanan.

Untuk mengetahui lanjut, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda jenis pesanan yang membenarkan anda menyimpan barang dan menuntut bayaran balik separa sekiranya dibeli dan diterima.

Jenis Pesanan Yang Benarkan Anda Simpan Barang Dan Terima Bayaran Balik Separa

Di Lazada, terdapat dua jenis barangan atau pesanan yang boleh anda tuntut bayaran balik separa tanpa perlu memulangkannya semula. Ia adalah:

  • Barangan yang diterima adalah salah

Perkara ini tertakluk kepada beberapa perkara iaitu barang yang diterima dalam keadaan baik tetapi bukan model, variasi dan rekaan yang dipesan. Barang tersebut juga mempunyai nilai yang lebih rendah dari pesanan yang sepatutnya.

  • Barangan tidak lengkap atau tidak menyertakan sekali freebies yang dinyatakan

Perkara ini tertakluk kepada beberapa perkara iaitu barang yang diterima dalam keadaan baik tetapi tidak menyertakan sekali barangan lain seperti yang diiklankan. Anda boleh menyimpan barangan ini dan meminta untuk penjual menghantar bahagian barangan yang tertinggal ataupun mendapatkan bayaran balik separa untuk barangan yang tidak diterima.