Tahukah anda bahawa gelombang elektromagnetik yang keluar dari peranti mudah-alih dan gajet pintar kita boleh menyebabkan penuaan yang lebih pantas?
Ya benar, semakin banyak anda terdedah dengan cahaya biru yang dikeluarkan dari peranti ini, sebenarnya tanpa disedari ia telah memberikan tekanan pada kulit sekaligus menyebabkan penuaan pramatang.
Namun, dengan kemajuan teknologi dan penyelidikan, jenama penjagaan kulit kegemaran ramai iaitu Supergoop! telah hadir dengan sebuah produk anti-penuaan yang baharu yang dinamakan Supergoop! Daily Dose Bioretinol + Mineral SPF 40 Fluid.

Kepentingan Retinol Untuk Kulit
Apakah kegunaan retinol? Untuk pengetahuan anda, retinol menampilkan bahan aktif daripada Vitamin A mana ia berfungsi untuk merawat kerosakan kulit akibat jerawat selain turut memperbaiki tekstur kulit, mempercepatkan pembaharuan sel-sel kulit mati dan sekaligus mengurangkan kesan penuaan.
Selain daripada itu juga, retinol juga turut berfungsi sebagai agen yang mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit tidak kira untuk kawasan muka atau kawasan kulit yang lain.
Menurut Supergoop!, produk Supergoop! Daily Dose Bioretinol + Mineral SPF 40 Fluid ini telah diuji selama 12 minggu dan pakar klinikal persendirian bersetuju bahawa bahan yang ditampilkan di dalam produk ini membantu membawakan tambahan kilauan pada kulit selain turut memberikan perlindungan matahari SPF 40 untuk kulit secara keseluruhan.

Bukan itu sahaja, produk ini turut diformulasikan dengan mineral seperti bioretinol yang membantu mengurangkan kesan hiperpigmentasi dan mencegah daripada berlakunya pusingan kerosakan kulit secara berterusan. Ini juga sekaligus mengurangkan kesan garis halus di bawah mata dan menjadikan kulit wajah tampak lebih lembut dan awet muda.
Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan Supergoop! Daily Dose Bioretinol + Mineral SPF 40 Fluid pada harga RM215 sebotol di rangkaian butik Sephora berdekatan anda.