Sejak Oktober 2022, Setel telahpun memperluaskan penawaran mereka dengan menambah ciri baharu untuk pembayaran parkir di jalanan iaitu Street Parking dengan caj hanya RM0.50 untuk satu jam.

Dan kini, ciri Street Parking ini mula ditawarkan secara meluas di hampir seluruh Selangor yang mana ia boleh diakses di 10 kawasan utama termasuklah:

  • Majlis Bandaraya Subang Jaya
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Majlis Perbandaran Kuala Langat
  • Majlis Perbandaran Klang
  • Majlis Perbandaran Kajang
  • Majlis Perbandaran Sepang
  • Majlis Perbandaran Kuala Selangor
  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  • Majlis Perbandaran Selayang

Bagaimana Menggunakan Ciri Street Parking?

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi Setel di App Store atau Play Store dan pilih ikon Setel Parking> pilih Street Parking.

Kemudian, pilih lokasi tempat kenderaan anda dan juga kenderaan yang anda gunakan. Selepas iut, tentukan jam parkir sama ada 1 jam (RM0.50), 2 jam (RM1.00), 3 jam (RM1.50) dan terus melakukan pembayaran menggunakan dompet Setel Pay.

Sekiranya anda telah sedia menggunakan ciri Setel Parking untuk pembayaran di tempat letak kenderaan Suria KLCC ataupun Kompleks Dayabumi, bilangan kenderaan yang telah didaftarkan akan terus disenaraikan untuk kegunaan Street Parking.

Namun, bagi yang pertama kali menggunakan Setel Parking, anda perlu menambah maklumat kenderaan dahulu.

Untuk pengetahuan anda, bagi satu-satu akaun, pengguna boleh menambah nombor plat kenderaan sehingga lima kenderaan. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk mengaktifkan kenderaan untuk pembayaran atau sebaliknya.