Sejak tahun 1987, DUNKIN’ telah menjadi antara jenama kopi dan donut kegemaran rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi pilihan individu di Semenanjung Malaysia tetapi juga di Sabah dan Sarawak.
Dan pada tahun 2023 ini, jenama ini telahpun menambah satu lagi cawangan baharu iaitu cawangan Malaysia mereka yang ke-100 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di Sabah.

Mementingkan konsep kafe yang moden dan minimal, DUNKIN’ hadir dengan saiz kedai seluas 1,800 kaki persegi ini, yang terletak di kaki lima Balai Ketibaan di Aras 1 KKIA. Menurut DUNKIN’, kafe ini bakal menjadi cawangan DUNKIN’ terbesar di Malaysia yang menawarkan juadah lazat dalam suasana ceria dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.
Dengan kapasiti tempat duduk sehingga 88 pelanggan, DUNKIN’ menjanjikan pengalaman menjamu selera yang selesa dan juga menawarkan sajian kegemaran ramai seperti Signature Iced Coffee DUNKIN, Iced Caramel Macchiato.

Tidak ketinggalan juga, mereka turut menghidangkan pelbagai pilihan kopi yang baharu termasuk Frozen Espresso (kopi pekat beku) dan Frozen Flavoured Latte (susu berperisa beku) dengan kelazatan penambah rasa yang lazat seperti Salted Caramel dan Hazelnut Mocha.
Namun usah risau, tawaran terbaharu ini juga bakal diperkenalkan di cawangan DUNKIN’ terpilih di Malaysia, dan juga cawangan baharu yang akan dibuka.
Selain daripada pembukaan cawangan DUNKIN’ di KKIA, jenama ini juga bakal ditambah di beberapa kawasan lain termasuk tempat-tempat tumpuan ramai di Lembah Klang iaitu di Pavilion Damansara, Damansara Heights dan The Exchange TRX.
Tunggu apa lagi? Kunjungi cawangan DUNKIN’ berhampiran dan pulihkan tenaga anda! Maklumat lanjut boleh didapati di www.dunkindonuts.com.my.